Skip to main content

Catatan Kembara 5 (Kampung Pakistan)

Pendidikan yang Abuya berikan sedari kecil membentuk keadaan dimana kita boleh hidup macam orang yang paling kaya,tapi boleh juga hidup seperti orang yang paling miskin. Dalam hal menunjukkan syiar islam,Abuya wujudkan syarikat/jemaah yang kaya,sedangkan dalam hal hidup sebagai hamba Tuhan,individu didalamnya hakikatnya sangat besederhana. Tiada yang bersifat peribadi. Semuanya dikorbankan untuk kepentingan islam. Demikian ambilan dari pendidikan Rasulullah yang melahirkan para sahabat yang kaya raya tetapi dikorbankan semua hartanya untuk memayungi keperluan islam ketika itu.

Tinggal di Mekah,berulang alik ke Madinah Jeddah,lain betul dengan apa yang aku sangkakan tentang Saudi ni bila sampai di Riyadh. Riyadh ternyata sebuah kota metropolitan yang pesat dengan segala kemewahan. Kereta-kereta mewah menjalar disepanjang jalan. Gedung-gedung membeli belah yang tersergam megah diserata bandar Riyadh dipenuhi pengunjung yang datang dari kelas menengah ke atas. Di Riyadh ni jugalah boleh dilihat rakyat Saudi tak pakai tudung dan juga bangsa asing yang pakai jubah. Kami melewati sebuah taman perumahan yang penduduknya semuanya rakyat Amerika. Mewah. Memang Saudi mempunyai hubungan baik dengan US. Ini terbukti bila kawan kami orang Afghanistan warganegara Amerika dengan mudahnya mendapatkan PR 5 tahun di Saudi. Permohonannya cukup mudah. Terasa kita juga perlu mendapatkan hak yang sama!!

Dicelah-celah kemewahan itu,hidup juga segelintir manusia yang datang kesana untuk mencari sesuap nasi. Rakyat Pakistan,Indonesia,Filipina dan sebagainya bekerjalah sebagai pemandu teksi,pembantu rumah dan kuli kepada orang-orang kaya. Jurang antara keduanya sangat terasa. Subhanallah.. Rasa kecik je dunia bila di Riyadh kami dapat berjumpa dengan kawan kami, Amir orang Pakistan yang dulunya bekerja disebelah bangunan Chalet Nur Mohd,tapi kini bekerja sebagai pemandu lori di Riyadh. Dia dengan gagahnya telah membawa kami ke perkampungan Pakistan.

Pintu masuk rumah Amir
Perkarangan rumah
Yaallah...aku ni kalau bukan sebab Amir ni memang takkan berani nak berkecimpung disekitar orang Pakistan ni. Lagi-lagilah dirumah tu semuanya lelaki yang datang kesini tinggalkan anak isteri bertahun-tahun dinegaranya. Cemas! Amir tinggal dengan adik beradik dan anak saudaranya. Satu rumah tu kira semua keluargalah. Ada yang kerja bawa lori,bawa teksi. Mereka bekerja dengan gaji yang agak lumayan disini tapi duit gaji dikirim ke Pakistan untuk membangun rumah,membeli kereta disana. Beria-ia mereka ajak kami ke Pakistan sebab katanya disana mereka orang kaya sedangkan disini terpaksa hidup merempat.

Tangga naik tingkat atas
Bilik Amir tempat kami bertamu
Hari sebelumnya baru saja kami berada ditengah-tengah orang besar kaya raya. Tapi boleh pula esoknya Tuhan bawa kami ke tengah orang miskin disetinggan. Hebat Tuhan. Terasa duduk dengan orang miskin lebih mesra akrab. Tanpa protokol,tak payah nak cover-cover. Sungguh-sungguh mereka siapkan makan tengahari untuk kami. Terharu..

Aku palinglah berselera
Nasi ayam panggang,ikan goreng,kebab pakistan
Kalau ikutkan mereka nak ajak kami tidur situ. Adui..janganlah.. Bilik air depa dahlah takde pintu. Macamanalah tu? Abil janji dengan dia nak datang semalamnya,tapi baru esoknya kami ada masa. Rupanya sepanjang semalam dia menunggu tepi jalan kot-kot kita datang. Sebab bila dia call phone Abil tak on. Allah kesiannya.. Berapa kali kami offer dia untuk kembali ke Mekah boleh kerja dengan kami. InsyAllah katanya.

Dari kanan- Amir,abangnya,dan keluarganya yang lain
Aku melihat keadilan Tuhan menjadikan setiap bangsa bersama watak dan kedudukan yang berbeza. Bangsa Malaysia disini terkenal sebagai satu bangsa yang terhormat,disanjung. Kalau naik kereta kena tahan pun,kalau cakap dari Malaysia konfem dia lepas. Begitu sekali kepercayaan mereka terhadap orang Malaysia. Sedangkan orang-orang seperti Pakistan,Indonesia,Bangladesh dan lain-lain tidak pun mendapat layanan yang sama. Mereka lebih dilihat sebagai golongan bawahan. Namun yang membezakan darjat kita disisi Tuhan adalah taqwa..

 

Comments

sirun qalbu said…
wahh..sronok nya kak olah..hurmm.bla lak agk nye kte blh jupe ek...sy suke bce blog akk..byk yg trjwb..xmau blik mlysia ka??

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...