Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Sekolah

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Tak pernah minat nak mengajar. Entah kenapa. Kerana aku malas belajar kot. Tahlah! Tapi cikgu/guru tak pernah sekalipun masuk dalam list cita-citaku sewaktu kecil dan besar. Aku tak rasa cikgu adalah kerja yang best padahal apalah yang aku tau pasal kerja seorang peguam diwaktu aku tergedik-gedik ingin menjadi peguam ketika masih sekolah rendah. Huh! Takdir Tuhan merubah segalanya. Bila aku try test cuba mengajar bermula di Mekah haritu(rasa macam baru semalam jek) tiba-tiba aku diresapi perasaan,eh eh best jugak jadi cikgu. Eh.. bestlah rupenye! Selain dari aku bebas memarahi anak muridku,yang lebih besar ialah aku boleh belajar banyak benda yang aku mungkin belum tahu. Bila jadi je cikgu,terus timbul keinginan untuk tahu ini dan itu. Rasa bahagia bila boleh berbincang,saling bersoal jawab dengan anak muridku. Bertambah bahagia bila aku boleh kongsikan hal yang mereka tak tahu. Bukan pasal aku tau semua benda,tapi sebab kita boleh cari tau b

Gila-gila remaja

Melewati zaman remaja yang tidak mulus adalah kekesalan yang sering bertandang dihati. Bila dikenang balik apa yang dah diperbuat diusia remaja,rasa geram dengan diri sendiri. Kadang sampai bertanya-tanya kepada Tuhan,kenapa Tuhan tidak jadikan saja sejarah hidup aku ni baik-baik saja? Kenapa kena tempuh pengalaman jadi budak nakal,lari sekolah,lawan cikgu,malas solat,susahkan hati Abuya Ummu? Kenapa? Kenapa Tuhan tak buatkan aku ni jadi anak soleh sopan santun akhlak mulia je? Demikianlah segala hal yang sering melintasi hati. Namun kini aku mulai melihat hikmahnya. Bila sekarang dok perati para remaja yang sedang melalui fasa peralihan kearah kematangan,aku rasa aku faham apa yang mereka rasa. Tuhan uji dengan perasaan ingin mencuba semua benda. Rasa diri betul semuanya. Ditambah lagi dengan nafsu setan yang bermaharajalela,memang sengsara.  Sebab itu nak hadapi remaja bermasalah ni bukan boleh diatas-atas saja. Mana boleh main arah-arah je. Lebih lagi tak boleh marah-marah Ikut suke