Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Diriku bukan milikku

Wahai Tuhan, diriku bukan milikku, kini barulah kutahu, aku bukan kepunyaanku, sedikit pun aku tiada kuasa ke atas diriku. Bila kulapar padahal aku tak suka lapar, aku tak mampu mengenyang. Bila kusakit aku bukannya suka, tapi aku tak mampu utk menyembuhkan diriku dgn berkata, sembuhlah wahai diri. Aku mesti mencari doktor dan ubat tapi doktor dan ubat juga belum pasti Doktor cuma kata, kita serah pada Tuhan. Rupanya diriku bukan kuasaku, bukan kepunyaanku, diriku kepunyaan Tuhanku Dia owner, aku hampir sama dgn kereta, kereta bukannya berkuasa kereta sepenuhnya tertakluk pada ownernya, pemiliknya. Demikianlah penciptaku menciptakan aku ini, bukan utk tujuanku tapi rupanya Allah bermaksud utk ikut kehendakNya Allah ingin menjadikan diriku ini untukNya Sepertilah ibu ayah kandungku mengharap agar aku tidak menderhakai mrk. Kebahagiaan ibu ayahku ialah bila aku syg sepenuhnya pd mrk dan aku takut sekali kehilangan mrk Allah penciptaku itu yg aku boleh hubungi mel

Ustaz vs Olah

Aku ceritakan kisah ini bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar sebagai satu renungan untuk kita bersama. Baru-baru ni sorang kawan datang umrah,dia kontek aku. Lama betul tak jumpa. Padahal dulu aku selalu tidur baring kat rumah dia. Kenal baik dengan keluarga dia. Alhamdulillah..Tuhan pertemukan di tanah haram ni. Jadi bila dapat tau yang dia ni datang, Ummu pun jemputlah seisi keluarga untuk bertandang ke rumah untuk sarapan ke,makan tengahari atau makan malam. Tergantung jadual merekalah. Turut diundang ialah ketua rombongan mereka yang merupakan seorang Ustaz yang juga telah menikah dengan salah seorang ahli keluarga jauh mereka. Bila hari yang ditetapkan,aku pun pergilah ke hotel untuk menjemput tetamu. Sampai je kat hotel,aku tengok Ustaz ketua rombongan tu ada depan pintu bilik kawan aku ni. Lalu berlakulah dialog seperti dibawah:- Kawan: Ni olah..yang pernah dulu jumpa.. (aku pernah jumpa Ustaz ni,tapi sekali lalu jelah) mak dia ajak kerumah. Jadi pagi ni na

Masjid Terapung

Dalam pakej umrah jemaah Indonesia biasanya akan ada tambahan destinasi selain Mekah dan Madinah iaitu Jeddah. Di Jeddah ni ada sebuah masjid yang dibina diatas laut dan dipanggil masjid terapung. Masjid terapung ni kira jadi macam tempat wajib lawat jugalah bagi kebanyakan travel dari Indonesia. Selain daripada mereka dibawa juga ke Corniche untuk shopping. Haish.. Pergi umrah tapi jadual shopping lebih banyak nampaknya daripada program-program mensucikan hati. Disebabkan tempat ni memang menjadi tumpuan jemaah umrah Indonesia,maka telah wujudlah sebuah warung kecil menjual bakso ditepi masjid ini. Gila kau Indonesia! Saudi ni dah jadi tempat korangla.. Beberapa hari lepas kami ke masjid terapung tulah untuk shooting. Kalau ikut penat sebenarnya memang rasa tak bernafas nak siapkan drama ni. Tapi ku gagahi jua demi islam. Cheewahh.. Tapi sembahyang kat masjid ni memang bestla pasal siap boleh mengadap laut lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa tu sedikit sebanyak menambah kekhusyukan

Dari Dia untuk kita

Kamu yang disana Terpisah oleh benua Melewati sempadan masa Entah disini entah disana Ku layarkan segala asa Beserta timbunan doa Memohon mukjizat Baginda Untuk kamu diseberang dunia Sambutlah untaian salamku Yang kukirim diangin lalu Biar jasad beribu batu Sekeping hati kekal bersatu Cinta dan airmata Untuk kamu moga bahagia Dibawah lembayung yang esa Bersamamu kemana jua Jangan pernah berhenti bermimpi Kerna doaku setia disisi Biar terus menemani Agar kamu takkan pernah sepi Andai mulut tiada bicara Namun hati kekal berdoa Darah mengalir itulah cinta Dari Dia untuk kita..

GISB kaya 2

Nak sambung sikit entry GISB kaya tempohari. Bukan main lagi kau cakap pasal kaya banyak kali! Sebenarnya,didalam sesebuah bisnes secara umum pun memang kita faham bahawa tidak semua keuntungan itu dinilai dengan duit. Contohnya seperti syarikat-syarikat yang menaja baju atau apa-apa sajalah kepada para artis/selebriti,mereka tidak dibayar dengan duit,tetapi mendapatkan promosi secara meluas dikeranakan produk mereka dipakai oleh golongan ternama juga merupakan 'duit' yang banyak. Kita pun sudah sedia maklum betapa besarnya kuasa iklan. Aku kecik-kecik dulu selalu tengok iklan kicap. Siap ada lagu lagi..kicap 3 ayam enak bila dimakan,1 2 3 melazatkan makanan. Lepastu gagahlah minta orang beli kicap 3 ayam. Sekali rasa dia memang cap ayam! Ciss.. Ok itu contoh. Jadi apa yang berlaku didalam GISB ialah,ada projek yang kita memang tidak sasarkan keuntungan berbentuk wang. Menyebut tentang untung ni memang berbagai macam keuntunganlah yang kita dapatkan. Tidak terhad pada duit

Queen Control

Selain dari doktor,cikgu,petani,nelayan,QUEEN CONTROL juga ialah satu pekerjaan. Tak percaya? Cuba tanya setiap rumah,mana yang takde isteri jadi queen control? Samada queen control tu berbentuk negatif,ataupun ianya dah jadi positif (sebab suami malas gaduh jadi layankan jela).. Queen control ni ada beberapa kategori sebenarnya. Ada isteri yang memang garang gila menjerit baling periuk sampai suami jadi kecut tikus. Itu memang queen sungguh. Ala..yang macam dalam sinetron Indon tu..ehh..Indonesia. Marahnya orang Indonesia bila kita sebut Indon. Padahal Indon tukan singkatan dari Indonesia. Bukan ke orang Indonesia memang suka singkatkan perkataan? Wartel,curhat,nasgor,telmi dan lain-lain tu. Bila kita singkatkan Indonesia jadi Indon,marahlah pulak. Hehe..saje gurau. Jangan marah ye orang Indonesia.. Ok kembali pada tajuk asal. Kalau queen control yang jenis terang nyata tu memang senang nak nilailah. Asal isteri mengarah,mengamuk je dah tau dah memang dia ni queen control. Tapi ra

GISB kaya

Kalau diberi pilihan waktu ni memang nak duduk chalet sebab kat situ tiap hari dapat beramah tamah dengan jemaah umrah. Seronok nak jumpa orang,sembang-sembang. Yelah..dah lama sangat asyik menatap muka bangla india je kat sini. Bila dapat layan muka orang kita pun dah sejuk hati. Tapi sesekali bersembang lepas habis show pun ok dah. Macam-macam komen,pandangan,pujian,komplenan yang diterima. Yang baik datangnya dari Allah,yang buruknya dah tentulah dari diri sendiri dan sangat perlu dibaiki. Antara yang biasa sangat didengari ialah,huish...kaya betul GISB ni ye. GISB,Arqam,Ustaz Ashaari,Abuya,Ummu Jah dan macam-macam panggilan lagilah yang diberikan untuk kami. Mana-mana pun bolehlaa.. Kaya ke GISB ni sebenarnya? Rangkaian perniagaan dah cecah 3 suku dunia. Staff dah menjangkau 4ribu orang. Rumah kat Mekah Madinah dah macam istana. Kereta mewah berapa bijik. Kayala kan? Tapi tengok ahli-ahlinya sederhana je. Anak-anak bos (Abuya) pun kerja macam orang lain jugak. Board of director

Teknologi Roh

Makcik pakcik jauh datang dari kampung mana nak sangka bahawa mereka akan menyaksikan pemandangan sebegini di Mekah. Kita dari kecik diajar tentang kesucian dan keagungan Mekah dan Kaabah. Tapi bila datang,sucinya kemana,agungnya entah kemana! Yang ada ialah lambakan orang-orang yang menjual barangan dikaki lima disepanjang jalan ke masjid,pusaran maut disekitar hajarul aswad,pergelutan dan perebutan,orang tidur disana sini dan lain-lain pemandangan yang sangat menyakitkan mata. Kita mendengar dari ramainya jemaah umrah yang datang perihal kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku kepada Kaabah dan sekitarnya. Rumah Allah itu tidak pun memberi ketenangan melainkan hiruk pikuk dan kekalutan. Simpati juga kerana dalam masa yang singkat keberadaan mereka ditanah suci,keindahan sebenar rumah Allah tidak dapat mereka perolehi. Sedang dalam letih-letihnya berebut,dah nak kena balik. Kita solat kat masjid kampung pun lebih terasa syahdu,sunyi sepi,hening. Tak risau nak kena langkah,nak ke

Dua tanah haram

Di Haramain ni,kalau kau miskin takde sape nak tolong,kalau kau kaya,kau kena tipu. Antara 2 itu je yang akan berlaku. Sebab tu mana ada syarikat Malaysia yang betah nak berlama-lama disini. Padahal semua pun tau yang Haramain ni lubuk duit. Tapi tak sanggupla sebab risiko memang tinggi. Hanya orang yang gagah saja yang akan sanggup redah liku-liku di Haramain ini. Pahitnya hakikat yang harus kita hadapi tentang tanah suci ini. Maka bila syarikat GISB mampu untuk bertahan disini dan terus mengembangkan empayarnya,banyaklah hati-hati yang bertanya,apakah kekuatan sebenar mereka? Terkejut dan terujalah orang melayu bila sampai Haramain disambut oleh orang melayu juga. Dari airport,hotel,makan,ziarah,kenduri,semua orang melayu yang handle. Makcik pakcik yang sakit lutut tak larat jalan pun ada orang melayu yang akan tolong tolak wheelchair mereka. Nak harap bangla india yang menolak,memang ketakutanlah. Sebelum tolak minta 300,tengah tawaf mintak tambah,dah patah balik hotel dah jadi se

Solat lalai itu kejam!!

Pertamanya diucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi di Sabah baru-baru ini. Memang mengejutkan bila negara Malaysia yang cukp dikenali dengan tahap keamanannya yang tinggi kini terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. Mana nak sangka,semuanya tiba-tiba. Sungguh Malaysia bukan Malaysia lagi. Moga ianya satu petanda bahawa Malaysia akan jadi islam sepenuhnya tidak lama lagi. Namun sebesar apapun masalah yang sedang menimpa negara tercinta,aku sebenarnya sedang menghadapi masalah yang lebih besar lagi. Masalah yang cukup mengganggu hati dan fikiran. Masalahnya ialah kerana belum dapat rasa khusyuk didalam sembahyang. Aku sendiri hairan,mengapa konsep membalas budi,menghormati dan membesarkan orang yang cukup berjasa itu sangat mudah,logik dan auomatik kita boleh applykan kepada manusia,tapi tidak kepada Tuhan? Walhal semua tahu betapa Tuhan itulah segala-galanya bagi kita. Namun sepertinya,mengetahui akan keagungan Tuhan itu belum cukup untuk kita sampai mampu menyerah sel