Setelah berbulan-bulan lamanya aku bertapa di kota suci Mekah ini,tak kemana-mana melainkan ke Jeddah,kalau dulu selalu juga berulang ke Madinah tapi kerana dihambat kesibukan,maka ku kuburkan kesukaan musafirku,tapi Tuhan yang maha baik telah memberiku lagi rezki untuk dapat berjalan melihat dan membuktikan kebesaran Tuhan. Dan episod kembara pada kali ini ialah Mekah-Taif-Riyadh-Taif-Riyadh. Maka sebagai menyatakan kesyukuranku terhadap anugerah pengalaman ini, akan ku kongsikan ianya untuk semua yang sudi membaca. Kalau takde sapa baca,maka jadilah ia sebagai catatan kembaraku sahaja. Sahaja. Bolehlah selak-selak waktu boring takde arah.
" Lah.. Kita akan ke Taif pastu Riyadh untuk jumpa dengan orang. Siap-siapla.. " lebih kurang macamtulah yang Kak Azwa cakap waktu mula-mula tu. Aku ok je. Takdelah nak beria sangat sebab baru je lepas sedih kena tinggal Kak Azwa janji nak bawak ke Madinah,alih-alih dia dah sampai sana. Macam apa je rasa! Dah besar kot nak kena tinggal-tinggal nih! Dahlah rindu gila nak ke Masjid Nabi. Tapi termalu balik. Mungkin Nabi belum sudi menjemputku. Sedih. Rindu Nabi tidak harus ke Masjid Nabi,kerana rindu dihati itu perlu dibuktikan dan Nabi akan berada dimana tempat yang adanya orang yang rindu padaNya. Aku belum mampu buktikan. Oh..
Jadualnya berangkat Sabtu malam,tapi diubah ke Jumaat tengah malam. Kira Sabtu pagilah. Walau kesihatan bagai tidak mengizinkan,aku gagahi juga. Aku capai beg bagasi kulit comelku,letak apa-apa yang patut,dah siap,maka meluncurlah Caprice Chevrolet putih membawa aku,abil (anak sedara), Kak Azwa dan sorang kawan arab yang memandu ke destinasi yang dituju.
Memulakan perjalanan Mekah-Taif mengambil masa sekitar satu jam lebih. Menempuh jalan yang bersimpang siur mendaki bukit kerana Taif terletak dikawasan tanah tinggi. Cuacanya sejuk berbeza dengan Mekah walau jaraknya hanya sekitar 80km. Taif ni kira macam Genting atau Cameron lah di Malaysia. Tanahnya subur dengan tanaman. Menjadi antara sumber utama pertanian didaerah sini dan sekitarnya.
Menyebut Taif,kita tidak akan mampu untuk melupakan sejarah besar yang berlaku didalam deretan keagungan perjuangan Nabi akhir zaman. Di Taif lah Baginda dihina,diusir,dimaki hamun,bahkan dibaling dengan batu oleh orang kafir yang tidak menerima dakwah Baginda. Dan bila malaikat menawarkan untuk dihempapkan bukit keatas penduduk Taif,Baginda menolak bahkan mendoakan dengan berkata,
Wahai Tuhan..ampunkanlah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui..
Baginda berdoa lagi,andai kaum ini tidak mendapat hidayah,tapi mudah-mudahan anak cucu mereka akan mendapatkan islam. Dan Tuhan memperkenankan doa kekasihnya yang sangat inginkan keselamatan terhadap semua ummatnya.
Aku melihat bukit,langit dan bumi yang sama dilewati Baginda didalam usaha dakwahnya pada futuh Mekah yang pertama. Dan disaat menanti berlakunya futuh Mekah kali kedua ini,malanglah bagiku jika tidak mampu untuk membela dan mentabalkan Raja kepada kerajaan ajaib yang sedang mengungguli segalanya didunia ini.
Ini dulu sebagai pembuka. Sampai jumpa dicatatan kembara seterusnya..

Comments