Skip to main content

Jenjalan

Sejak pindah ke Mekah jarang dapat peluang untuk ke Chalet Nur Mohd lagi. Sesekali je waktu musim haji haritu sebab ada show untuk jemaah haji. Dah macam-macam perubahan berlaku kat CNM. Ada tempat yang makin cantik,ada juga yang sedang diubah suai untuk dikemaskan.

Baru ni aku ke Jeddah beli barang untuk Nur Mohd Stokis di Segambut. Memang sebelum ni banyak dihantar stok barang dari sini. Jubah wanita dan lelaki,kopiah,aksesori dan lain-lain. Kalau korang ada masa,singgahlah ke NMS ye. Macam-macam ada. Harga pun berpatutan. Dan sepertilah setiap tahun,Jeddah akan mengalami kebanjiran. Padahal hujan takla lebat mana. Tapi pasal sistem pemparitannya lopek kot. Jenuhla kami harungi banjir. Macam naik bot!


Bila ke Jeddah ni bolehlah singgah CNM sat. Rindu dah nak tengok binatang-binatang kesayangan Rasulullah tu. Makin meriah dengan keberadaan ahli baru. Selama ni tak sangkalah keldai (Rana) sekor tu bunting. Patutla bila Rambo nak kawin dengan dia kena sepak. Rupanya dah berbadan dua. Tiba-tiba je tengok kat kandang dah ada anak keldai. Yaallah..comelnya. Tak mampu! Mak pak dia taklah comel sangat. Tapi anak dia sebijik macam keldai yang selalu dok ada kat komik kanak-kanak tu ha. Ada bulu tebal kat kepala dia macam serkup pun ye. Depa namakan anak keldai ni Raja. Subhanallah..

Perkenalkan..ini Raja!
Susah payah nak tangkap sebab lari laju ni.
Nampak tak serkup kat kepala Raja tu?

Serupa!
Kambing pun semakin membiak subur. Dah memang jenis kambing ni suka beranak pinak. Mudah je!



Ahli baru lagi di CNM ni ialah sepasang suami isteri kijang. Kijang tu! Selalu tengok kat zoo je kan? Aku tak pernah perasan pun yang kijang ni kecik je. Selalu terkeliru dengan rusa. Ingatkan anak kijang. Rupanya mak ayah kijang. Cute gile! Tapi dia macam masih blur rasanya. Yelah tempat baru. Sesekali depa lompat dan langgar pagar kandang tu sebab depa rasa macam depa ni invisible kot boleh main lepas macamtu je. Heh.

Mak pak kijang bersama botol susunya

Kenapa muka Zainab tu?

Kasawari yang dah beberapa bulan menjanda pun akhirnya kembali bertemu jodohnya. Baru je beli sekor kasawari jantan (yang haritu mati bunuh diri) dan sudah pun bertelur dengan gembiranya. Moga-moga lepas ni dapatla rezki anak kasawari lagi untuk gantikan yang dah mati sebelum ni :-( Sangkar burung pun dah makin besar. Makin riuh rendahla.



Dan yang paling bahagia dah tentulah bila mak-mak kuda dah mula bersalin. Tapi sedih bila 2 ekor anak kuda mati setelah seminggu dilahirkan. Entah macam kena sawan kot. Sedih tak terkata. Tinggallah sekor lagi anak kuda. Dan sekor lagi mak yang sedang sarat. Moga tahun depan Tuhan bagi lagi insyAllah.


Sekarang ni sedang kemas kini lagi CNM ni sebagai persiapan menyambut rombongan umrah tahun depan. Semoga kemeriahannya tidak hanya pada lahir,tetapi roh juga ikut meriah.

Santai di salah satu sudut di CNM
 

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...