Skip to main content

Catatan kembara 2 (Taif - Shafa)

Taif merakamkan satu lagi sejarah agung dimana disinilah terletaknya perkampungan Bani Saad,kampung berasalnya Halimatussaadiah,ibu susu Nabi. Sebaik saja dilahirkan,mengikut adat bangsa arab Baginda diserahkan kepada ibu susu untuk diasuh diluar Mekah. Diantara sebabnya ialah kerana diwaktu itu bahasa arab yang digunakan di Mekah sudah rosak. Jadi bayi-bayi dihantar keluar Mekah untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Hebatnya Tuhan memperlakukan pesuruhnya. Baginda tidak lahir dari kemewahan dan kesenangan,tapi Tuhan menyimpan kekasihnya disebuah kampung dibalik gunung batu,tempat Baginda dibedah dadanya untuk disucikan hatinya oleh malaikat dengan air dari syurga. Alhamdulillah Tuhan mengizinkan untuk aku sampai ke tempat suci itu 2 tahun yang lalu. Sempat aku berdoa agar hatiku juga dapat disucikan.

Tapak rumah Halimatussaadiah (gambar lama)
Ada lagi beberapa peninggalan sejarah Rasulullah disini. Aku pernahlah ziarah sebelum ni tapi kalini tak dan menyinggah. Sebab pergi ni pun atas dasar kerja. Sempat jalan sikit-sikit jela. Tapi taulah Saudi ni,kalau boleh tempat-tempat berkat ni memang depa nak hapuskan. Tak bagi orang datang. Jenuh pusing keliling tak jumpa. Bila tanya orang pun bukan nak bagitau sangat. Sebab takut kita buat bidaah katanya. Dasar wahabi!

Kami sampai dari Mekah sekitar jam 2 pagi lebih,bermalam dirumah kawan arab disini. Dah lama tak rasa sejuk menggigil macamni. Bertambah-tambahlah tekak dan organ lain buat hal. Tapi dah stanby painkiller. Aku tau memang tak elok,tapi kadang tak tahan sangat. Nak telan air liur pun rasa nak terkeluar biji mata. Makinlah aku sedar betapa besarnya dosa yang hendak Tuhan hapuskan. Moga jadi peningkatan darjat juga buatku.


Esok paginya kami keluar ke bandar Taif. Takde apa yang menarik sebab biasalah negara arab ni pepagi sunyi je. Restoran pun baru nak bukak pintu. Padahal waktu tu rasanya matahari dah naiklah jugak. Depa ni memang tak suka berkat pagi kot. Kalau kat Malaysia sebelum subuh lagi dah riuh rendah dengan budak-budak nak pergi sekolah,makcik-makcik nak jual nasi lemak tepi jalan. Rindunya.. Pihak lelaki telah mengdrop kami ditengah bandar sebab depa nak ke Universiti yang katanya haram dimasuki oleh kaum wanita. Tak taulah kenapa. Orang laki tak pakai baju ke kat situ? Pelik-pelik je undang-undang negara ni. Haish..

Sipi-sipi bandar Taif
Setelah pekena dot pati (teh tarik Pakistan) dan roti dicicah kaware' (kaki kambing) kami pun merayau-rayaulah disekitar kedai-kedai yang baru bukak separuh pintu je. Jalan punya jalan,dah takde arah. Abil pula lepas zohor baru nak jemput. Lamalah sangat nak menunggunya haa. Terpaksalah kami sewa bilik untuk beberapa jam. Nasib baik dapat bilik murah bolehlah rehat sikit. Memang mengantuk sangat pun sebab malam tak dapat tidur. Lepastu bangun,solat zohor,cari makan tengahari di Mat'am Turki dan bila dah jenuh menunggu barulah nampak bayang Abil datang menjemput.

Seterusnya kami menuju Shafa yang merupakan salah satu tempat pelancongan. Berjaya juga sampai dipuncak tertinggi dan disini terletaknya sebuah chalet yang cute. Konsepnya memang lari dari kebiasaan arab. Moden dan kelas. Ditambah dengan view bukit yang cantik,subhanallah tak rasa macam kat Saudi. Tapi takla jugak rasa kat Malaysia sebab tak cukup cantiklah untuk dibandingkan dengan negara tercintakan. Ok memang aku bias.

Mendaki!
Latar belakang bukit bukau
Bunga-bungaan menghiasi
Pemandangan dari beranda chalet
Abil dibelakang cuba buat aksi Titanic
Siapa yang berminat boleh buat tempahan ye
Abil sibuk nak snap gambar ala-ala cover album
Jakun
Nanti nak cerita tentang pasar jual orang pula. Tunggu ye.. Salam.



Comments

Anonymous said…
Abuya best nyeee...xsgka ade tmpt cmni kn kat negra arb...subhanallah maha Suci Allah...sbb penah jupe pon xd scanteq ni...abuya nak pegi jugak...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...