Skip to main content

Catatan Kembara 3 (Pasar Ukaz)

Ditengah dahsyatnya kerosakan masyarakat arab jahiliyah,Allah mendatangkan seorang Rasul yang akhirnya telah memartabatkan bangsa arab menjadi empayar islam di tiga suku dunia. Begitu jugalah disaat dunia kini sudah mencapai tahap kerosakan yang paling sempurna,maka seorang Nabi sangat diperlukan untuk membaiki semuanya. Siapa kata cukup dengan quran dan hadis saja? Sedangkan kehancuran dunia masa kini jauh lebih besar dari apa yang pernah berlaku dizaman jahiliyah pertama dahulu. Memang Nabi tidak akan datang lagi bersama fizikalnya,namun roh Baginda yang merupakan sumber kekuatan itu akan mengiringi kemunculan orang-orangnya. Demikian janji Tuhan dan Rasul terhadap kebangkitan islam diakhir zaman ini.

Menjelang senja
Pemandangan sekitar Pasar Ukaz
Musafir kali ini seterusnya membawaku singgah disebuah tempat yang cukup terkenal dizaman kuno atau jahiliyah dahulu iaitu Pasar Ukaz. Terletak diantara Mekah dan Taif,pasar ini merupakan pasar tradisi yang paling pesat disaat itu. Tidak sahaja menyediakan pelbagai aneka barangan jualan,malah disitu juga sering diadakan temasya tahunan pertunjukan syair dan budaya. Setiap suku akan mempersembahkan kehebatan syair tradisional mereka. Namun yang lebih 'unik' lagi dipasar ini juga diadakan perdagangan hamba. Para hamba akan dijual dan dilelong kepada orang-orang kaya yang ingin membeli dan menjadikan mereka itu sebagai budak suruhan.

Caprice yang berjasa
Abil dengan gaya Indianya!
Dizaman ini walaupun sudah tidak kelihatan lagi pasar-pasar yang menjual orang,tapi hakikatnya perkara itu masih wujud lagi ditengah masyarakat bahkan dengan cara yang lebih ngeri. Bukankah kegiatan pelacuran dan seumpanya itu ialah sejenis perdagangan manusia? Oh ya.. mletakkan hantaran yang tinggi untuk perkahwinan anak rasanya termasuk kategori ni tak?

Pasar Ukaz kini berfungsi sebagai sebuah tapak ekspo yang besar dan beberapa ciri tradisional masih dikekalkan disini. Terdapat deretan khemah-khemah badwi moden yang menjadi daya tarikan dipasar ini. Ada juga gedung-gedung yang dijadikan tempat muktamar atau apa saja acara tahunan yang dianjurkan atas nama kerajaan Saudi dan mungkin juga boleh digunakan untuk umum.

Bangunan muktamar
Deretan khemah badwi dibelakang
Dari Shafa menuju Pasar Ukaz,kami melewati sebuah mata air. Uish..lama tak nampak. Kalau kat Malaysia biasalah tengok. Tambah-tambah lagi paip selalu bocor habis berair satu jalan. Hehe..

 

Ilalliqaa..

 

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...