Skip to main content

Ya muqollibal quluub..

Hati. Sukarnya menelah hati. Lebih dalam dari lautan,lebih misteri dari hutan. Tinggi menggapai langit,jauhnya ke dasar bumi.

Istimewanya manusia kerana dianugerahkan sekeping hati. Padanyalah kebaikan dan padanyalah kejahatan. Perjalanannya tidak mudah diduga. Dia hadir bersama kita,namun kita sendiri tiada kuasa keatasnya.

Aku hairan mengapa sering kita berdoa kepada Tuhan.. Ya muqollibal quluub. Wahai yang membolak balikkan hati. Aku sempat tidak mengerti apa pentingnya hati itu dibolak balik. Kini aku insafi.. Bahawa hati itu Tuhanlah yang menguasai. Bila dibolak kekanan,islam dan imanlah kita. Boleh saja kemudiannya dibalikkan pula kekiri,tercabutlah islam dan iman dari hati. Kebaikan yang tadinya memenuhi,sekelip mata berganti. Kejahatanlah yang mengisi. Yang tadinya sangat mengakui,kini semuanya ternafi. Bagaimana ia bisa terjadi?

Pelik..hairan..ajaibnya Tuhan. Sungguh aku akur Wahai Tuhan akan kehebatanMu membolak balikkan hati. Ada orang yang beriman diawal,kafir diakhir. Ada yang kafir diawal namun akhirnya diberi iman. Tuhanlah yang berhak melakukan semuanya yang diluar jangkauan makhluk.

Tidakkah kita lihat bagaimana hati itu cukup rahsia? Bapa saudara Rasulullah yang sangat mengasihi Baginda,namun tidak direzkikan hidayah kepadanya. Puas Nabi berdoa memohon petunjuk buat pakcik yang disayangi. Namun Baginda akhirnya setuju bila Tuhan katakan bahawa Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki. Tidak pada yang sebaliknya. Begitu juga sejarah Nabi Nuh yang cukup menyayat hati bila Baginda terpaksa melepas keluarganya hanyut bersama bah besar,mati didalam kekufuran. Hingga disaat terakhir sebelum ditelan badai,Nabi Nuh masih memujuk untuk mereka kembali kepada Tuhan. Namun..hati benar milik Tuhan. Hingga ke sudah tiada rezki keimanan buat mereka. Iman trnyata tidak mengalir pada darah dan daging. Tetapi ia diwarisi oleh hati yang Tuhan titiskan 'Nur' kedalamnya.

Bersalahkah Nabi kerana orang kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan? Gagalkah pesuruh Allah itu melaksanakan tugasnya membawa manusia kepada Tuhan? Tidak..hanya kerana soal hati itu Tuhanlah yang menentukan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berikhtiar menyampaikan apa-apa yang terdaya. Walhal untuk mengubah hati hingga sanggup menerima semuanya,itu ditangan Tuhan.

Menyedari hakikat ini tidakkah hati kita sedang sangat ketakutan. Remuk redam dibuatnya. Memikirkan nasib kita kelak disana. Berfikir-fikirlah akal,apa sebenarnya yang ada pada hati? Suis yang manakah yang tidak kita ketahui? Untuk itu Wahai Tuhan yang MAHA membolak balikkan hati,tolonglah ditetapkan hati kami didalam keimanan bersama kebenaran dariMu dan olehMu.

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...