Rasulullah itu ialah Nabi yang tidak dapat dilihat fizikalnya tapi sedang sangat dirasai peranannya. Bukti terbesar akan peranannya itu ialah Quran dan Hadis yang diwariskan. Dua peninggalan agung yang menjadi kunci penyelesaian kepada semua permasalahan.
Menerima Quran sebagai warisan ulung tidak bererti ia mesti disimpan di muzium sebaris dengan warisan dunia yang lain. Quran tidak dilihat pada fizikalnya,namun roh alquran itulah sebenarnya yang harus dimartabatkan didalam kehidupan masa kini. Berekonomi dengan Quran,berbudaya dengan Quran,berkeluarga dengan merujuk pada Quran,membangun pendidikan mestilah dengan Quran sebagai silibusnya. Pendek kata Quran itu sepatutnya diletakkan ditempat yang teratas didalam sistem kehidupan ummat islam.
Namun..siapakah yang paling tahu untuk menghuraikan Alquran hingga ia akan terwujud sebagai hal yang tertinggi itu? Sedangkan dizaman Rasulullah dan para sahabat,bagindalah yang menjadi penghurai kepada ayat-ayat Allah yang cukup seni dan halus itu. Penuh dengan hal yang tersirat yang tidak diketahui manusia melainkan orang yang Tuhan berikan ilmu tentangnya. Kerana itu jelas dapat dilihat bahawa para sahabat ketika itu sangat terpandu oleh Quran.
Diakhir zaman ketika semuanya sudah bernuansa Yahudi,apakah masih ada orang yang mampu untuk menghuraikan Alquran dengan setepat-tepatnya? Mustahil rasanya. Kerana itulah perlunya Nabi Mohd ditengah-tengah kita bagi melakukan tugas sukar itu. Tapi Nabi itu sudah wafat. Tuhan tidak mengutus Nabi lagi selepasnya. Jadi..apakah Tuhan tersilap kerana mewafatkan Nabi yang sepatutnya wajib ada dikalangan manusia? Maha suci Tuhan dari berbuat silap.
Hal inilah menjadi bukti besar bahawa Nabi itu fizikalnya saja yang wafat sedang rohnya cukup sibuk memandu manusia untuk menjadi 'Alquran'. Tuhan maha tahu bahawa Quran itu tidak sepatutnya datang tanpa turut hadir bersamanya Nabi yang padanyalah diberikan segala ilmu Alquran oleh Tuhan. Nabi itu pula bersamanya ialah pemimpin yang bekerja untuknya bagi menyelamatkan dunia.
Siapa yang meyakini bahawa cukup dengan Quran dan Sunnah untuk selamat dalam tipuan dunia akhir zaman ini,sesungguhnya mereka telah tersalah fikir. Sekali lagi lihatlah sejarah! Para sahabat pun memerlukan seorang Nabi untuk menghurai dan memandu perihal Alquran. Masakan kita lebih baik dari mereka?!
Kita dapat melihat kini tumbuhnya berbagai bentuk tafsiran Alquran yang dibuat mengikut kefahaman akal masing-masing. Setiap orang menafsirkan berdasarkan hal yang dapat dijangkau oleh akalnya. Sedang yang tersirat tidaklah mereka mengetahuinya. Lebih malang lagi bila Alquran dijadikan alat untuk memuaskan kepentingan diri. Bahkan sanggup berbohong atas nama Quran. Celakalah bagi mereka yang melakukan demikian.
Jelas..kita sangat perlukan seorang Nabi bersama kerajaan ajaibnya untuk memandu didalam memahami Alquran hingga dapat dijadikan ianya sebagai cara hidup!

Comments