Nak mintak duit kat ayah,tapi ambil hati mak supaya nanti mak rekmen suruh ayah bagi duit kat si anak. Nak jumpa menteri,kena lepasi PA nya dulu barulah berharapan cerah. Teringin nak jumpa raja,wajib baik dengan orang kuat istana moga impian boleh dikabulkan. Ingin dekat dengan Tuhan? Bersamalah dengan Nabi sebagai utusan Tuhan. Nabi hanyalah roh,mata tak nampak,maka perlulah bersama dengan orang yang bekerja untuk Nabi dan yang faham betul tentang Nabi.
Demikian kita menjalani sunnatullah dalam kehidupan didunia ini. Kita sangat perlukan perantara untuk sampai hasrat kita terlaksana. Untuk menjangkau lingkungan yang 'tidak biasa' dengan kita,tanpa orang yang faham betul dengannya,merabalah kita.
Jika kita merasa tidak perlukan orang-orang yang dapat membantu memudahkan laluan kepada destinasi yang dituju,sesungguhnya kita ialah orang yang bodoh sombong. Tuhanlah yang telah menetapkan semuanya begitu. Tidakkah kita semua mengalaminya?
Tuhan yang maha agung itu mustahil dapat kita hampiri jika bukan kerana jasa para utusannya. Cantiknya percaturan Tuhan ini! Kita bisa melatih rasa hamba kerana memerlukan ramainya orang sebagai wasilah/perantara untuk sampai tercapai segala yang dicita. Jangan pernah merasa mampu untuk hidup sendiri.
Dalam konteks Nabi sebagai wasilah diantara hamba dengan Tuhan,kita melihat betapa Tuhan telah menyiapkan sosok manusia biasa tapi jadi cukup luar biasa. Dijelmakan utusannya itu dengan sebaik-baiknya demi memikul tugas yang cukup besar,tidak dapat dilakukan oleh manusia lainnya. Kelahirannya dirancang rapi,bahkan 'Nur' nya telah wujud sebelum semuanya dicipta.
Demikian juga Nabi menyiapkan utusannya untuk bekerja dipihaknya. Mereka yang dipercaya untuk menjadi 'orang' baginda itu sudah tentulah lebih istimewa dari manusia lain dizamannya. Jelas! Perantara yang dilantik/dipilih itu ialah seseorang yang dipersiapkan sekian lama. Bukannya muncul tiba-tiba entah dari mana. Masakan peranan yang begitu penting,dipilih secara rambang sahaja!
Kiaskanlah kepada hal-hal lainnya. Semoga kita diberi kefahaman yang tepat tentangnya!

Comments