Skip to main content

Jangan percaya sebelah kaki

Bila Rasulullah cerita pada kaumnya tentang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam satu malam,mati pun mereka tak percaya. Bukti besar bagi mereka bahawa Muhammad memang pembohong! Jarak beribu batu itu mustahil dapat ditempuh dalam waktu sesingkat itu. Mereka merasa Muhammad sudah gila! Kata-katanya palsu!

Namun ada sebuah hati yang begitu suci telah mampu untuk membenarkan semua kejadian itu. Bahkan dia berkata,jika Muhammad menceritakan hal yang lebih pelik dari itu pun aku akan mempercayainya. Hebat! Hati semacam apakah itu?

Itulah hati milik Saidina Abu Bakar yang diberi gelaran assiddiq,sentiasa membenarkan Rasulullah. Ajaibnya hati itu kerana ia mampu mempercayai akan hal yang tidak terlihat dimatanya,tidak tercapai dek tangannya dan tidak terjangkau akalnya. Namun dalam keadaan itu pun hati itu sangat unggul dan mampu untuk percaya. Demikianlah ciptaan agung oleh Nabi Roh yang berjaya membentuk hati sahabatnya sedemikian rupa.

Rupanya kepercayaan itu jadi mahal bila kita mampu meyakini sesuatu yang belum terjadi. Sepertilah kita wajib percaya akan hari kiamat yang entah dimana ianya berada. Tapi boleh pula kita mempercayainya. Sedang Tuhan yang sangat di imani itu pun tidak pernah mata kita melihatnya namun hati mengapa bisa terlalu percaya? Penciptaan alam inilah sebagai bukti kewujudanNya.

Lihatlah paparan sejarah yang cukup jelas,bila kejadian yang dikatakan akan berlaku oleh Rasul,tapi ternyata hanya terjadi setelah berpuluh atau beratus tahun kemudiannya. Contohnya ketika baginda Rasul menceritakan perihal Konstantinopel akan ditawan oleh islam,maka bertebaranlah para sahabat keserata dunia demi membuktikan kata-kata baginda. Namun hanya setelah 700 tahun barulah terjadi peristiwa agung itu oleh tangan Sultan Mohd Alfateh,yang beliau sendiri bukan dikalangan sahabat yang mendengar sabda Nabi itu. Begitu sekali Tuhan mengaturkan perjalanan jadualnya. Tidak terfikir oleh kita. Namun disitulah nilaian keyakinan kita.

Jadi bila ada yang kata,benda tak jadi lagi tak payah disebut-sebut. Dah jadi nanti kita pakat ikut,itu adalah kata-kata yang sungguh tidak bertanggungjawab. Sedang Allah sebagai Tuhan itu pun sangat bertanggungjawab mempromosikan pemimpin lantikannya jauh hari sebelum kedatangannya. Sungguh..!Keyakinan perlu diperjuangkan bahkan wajib dibuktikan. Jangan sangka kita dapat menipu Tuhan dengan meletakkan hanya sebelah kaki kita terhadap apa yang kononnya mulut meyakininya. Andai hati benar mempercayai,nescaya diri sanggup dikorbankan asal keyakinan dapat ditegakkan.

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...