Skip to main content

Negara maju,rakyat kaku?

Negara Malaysia indah memanglah indah. Teratur. Tertib. Rakyatnya nampak smart dan professional. Berbeza dengan keadaan di negara arab,khususnya Jordan yang agak serabut,rakyatnya kelam kabut. Namun..mengapa ada banyak hal,aku lebih rasa bahagia berada di Jordan? Apakah aku lebih terpengaruh dengan keserabutan berbanding ketersusunan?


1. Aku kat Jordan tak malu langsung nak masuk mana-mana pejabat kementerian untuk buat urusan. Malah dah banyak pegawai yang jadi kawan siap ajak pergi kenduri kawin lagi. Kat Malaysia,nak renew ic pun terpisat-pisat. Malu. Rasa semua orang dok merenung.

 

2. Kat Jordan,berapa kali kena tahan polis waktu drive. Bila dia minta bayar saman,aku akan nego sambil menceritakan yang aku ni pelajar,datang dari jauh,takde duit,bagi canla... Maka polis akhirnya akan tergelak. Di Malaysia bila polis tahan,badan aku gemuruh menggigil sambil nak menangis. Satu ayat pun tak keluar. Hanya mampu angguk dan mengambil surat saman yang 'murah' sungguh!

 

3. Kalau beli barang di negara arab aku akan mampu untuk buat muka tak malu tawar menawar sampai malam. Namun di Malaysia kalau harga tshirt 50rm kat pasar malam pun aku takkan sanggup untuk tawar. Hanya akan serah duit dan sampai rumah mendongkol dalam hati.

4. Menguruskan lesen perniagaan di Jordan memanglah menguji iman. Aku sampai tahap pernah menangis kat pejabat nak buat lesen tu sebab geram dengan perangai depa yang culas kerja. Namun aku lebih sanggup untuk hadapi itu berbanding jika disuruh uruskan lesen di Malaysia.

 

5. Budaya menahan kereta orang dan menumpangnya kemana destinasi yang hendak dituju adalah sangat menyeronokkan di Jordan atau negara arab lainnya. Di Malaysia nak tahan kereta orang? Oh noooo...

 

6. Beberapa kali aku hadiri acara di Jordan yang didalamnya ada keluarga diraja/menteri,tapi rasa santai sangat. Tak stress. Boleh siap bagi hamper,sembang-sembang dengan pembesar-pembesar itu. Tapi dengan pembesar negara sendiri? Peluh sampai kaki. Malah aku pernah dimarah oleh seorang menteri (lelaki) kerana tak sudi berjabat tangan dengannya. Pheww...

 

Ni antara contohlah kenapa aku boleh betah berlama-lama di negara arab niha. Logiknya aku menyampahla kan?

 

Bila aku fikir-fikir balik,aku tertanya.. Apakah kemajuan di Malaysia telah menjadikan rakyatnya kaku? Atau hanya aku yang memang mudah beradaptasi dengan keadaan yang serabut. Oh..rasanya ini lebih tepat! Hehe..

 

P/s: Anak sedara aku,Fitri sangat mahir selok belok menackle polis di Jordan. Dah berapa banyak urusan visa yang macam mustahil nak selesai,tapi pada Fitri seperti kacang saja. Balai polis bagaikan mall bagi Fitri. Bila ditanya apa rahsianya? Rahsianya ialah sewaktu menyerahkan borang urusan,perlulah bergurau senda dengan polis itu sambil membuka handphone dan menayangkan video klip lagu-lagu islam. Polis terpesona dan terus mengecop borang. Malah telah menjemput makan tengahari dirumah. Ok.

 

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...