Skip to main content

Rumah kelahiran Rasulullah

Dah berapa malam berturut-turut show teater umrah untuk para jemaah umrah di Chalet Nur Mohd. Dah rasa macam Celine Dion pulak show tiap malam kat Vegas. Kalau ikutkan memang penat. Bukanlah penat macam buat rumah. Tapi lebih kepada penat kerana beban untuk mempersembahkan teater umrah itu sendiri terasa berat. Bukan main-main,bukan seronok-seronok. Nak sampaikan perihal perjuangan Rasul dan kekasih Allah ditanah haram ini memang kena dari hati supaya ianya akan jatuh juga ke hati. Perlu memohon kepada roh yang suci agar merekalah yang mengubah setiap hati yang melihat dan mendengar. Sebab tu walaupun ada renyahnya,letihnya,penatnya,nak berulang setiap malam ke CNM,tapi bila fikir tanggungjawab tu,maka digagahi juga.

Oh ya..lambat pula nak kongsikan satu berita ni. Pada malam penghujung Rabiul Awal yang lalu,penutup bulan yang mulia dimana Tuhan ciptakan seorang manusia luarbiasa bagi rahmat keseluruh alam. Kerana menumpang keagungan Nur Mohd itulah kami direzkikan dengan satu pengalaman yang tak terlupakan. Selama ni hanya berangan-angan,tetapi kini sudah pun menjadi kenyataan. Dengan jasa baik para pembesar Mekah,kami diberi peluang untuk masuk ke rumah tempat lahirnya Baginda Rasul yang kini telah dijadikan maktabah/perpustakaan. Allahu akbar.

Menuju masuk
Didalam maktabah

Selama ni kalau kesitu biasanya tutup. Siap rantai lagi. Bahkan diluarnya ada satu tulisan bergerak yang menyatakan bahawa tempat ini bukanlah pasti ianya rumah kelahiran Nabi. Kononnya hendak mengelakkan orang-orang berdoa dan membuat upacara yang bidaah disitu. Namun dimalam itu,bertemu sendiri dengan pengurus besar maktabah,beliau sendiri menyampaikan bahawa sememangnya disinilah Baginda dilahirkan. Walaupun dia hanya menceritakan sekali lalu,tapi itu sudah cukup membahagiakan.

Sejuk rasa hati

Didalamnya terdapat 100ribu buah kitab dan 5ribu rak buku yang menempatkan semua kitab-kitab itu. Sewaktu nak melangkah masuk kedalam tempat mulia itu,memang ramai orang lain yang hanya menjenguk dari luar. Subhanallah..terasa bertuah dan bersyukur bila kami direzkikan untuk masuk kedalamnya. Tempat lahir raja,tempat lahir PM pun sangat dibesarkan,dijadikan muzium,inikan pula tempat lahir manusia teragung dunia akhirat. sudah tentu berkatnya melimpah ruah.

Ratusan ribu kitab
Disambut baik

Sungguh kami hanya menumpang mukjizat Rasul yang sangat diyakini rohnya terus menemani. Mudah-mudahan hati terus dapat disucikan dan ditingkatkan untuk benar-benar tidak putus lagi rasa takutkan Tuhan dan rindukan Nabi..

Oklah..kepala dah berat. Mengantuk.. Nanti update lagi insyAllah..

 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...