Skip to main content

Rahmat bertimpa

Walaupun boleh dikatakan dah beratus kali jugak buat show,tapi penyakit nervous yang berlebihan masih kekal dihidapi. Rasa perut memulas,nak muntah,nak buang air,menggigil,seram sejuk,peluh dingin tu semua pakej yang tak dapat tidak bila hampir saat nak naik pentas. Rasanya penyanyi professional pun sesekali datang juga penyakit nih. Apa lagilah aku yang tak professional ni kan? Tapi kenapa kalau karaoke tak nervous pulak ye? Heh!

Jadi bila pagi semalam ada permintaan untuk kami siap-siap show teater umrah pada malamnya,perut terus bergelodak walaupun kepala angguk setuju. Sebenarnya sedang sibuk siapkan montaj untuk TVNM,tapi disebabkan ada tetamu istimewa maka ku gagahi jua. Siapa tetamu istimewa tu? Ha... Ini dia..

Ade ke sape tak kenal Dato' Dr Fadzilah Kamsah?

Rasanya satu Malaysia pun kenal kan? Motivator sejak aku kenit-kenit lagi. Dah tua ni baru dapat bersua muka. Tapi Dato' tak tua pun. Awet muda je nampak. Dahlah dah lama tak show umrah ni,tup tup kena buat balik. Apalagi,salinglah kami berpesan terutama pada Abang Faah dan Iyah selaku MC untuk buat elok-elok. Jangan gagap pulak. Malu weh..

Sebelum asar berangkat ke Chalet Nur Muhammad. Solat Asar lepastu sound check. Buatlah latihan apa-apa yang patut. Disamping team jualan pun nampak semangat jugak susun barang. Maklumlah semenjak dua menjak ni sale melonjak! Mana taknya,sekali tu 8 buah bas serentak serbu Chalet. Ha lintang pukang kelam kelibut!

Pa yang baru nak pasang
Butik comel berupa khemah
Budak kuda jadi penari

Majlis berjalan lancar alhamdulillah. Tetamu kenyang makan Nasi Mandi kambing 4 ekor. Siap pakai dulang lagi. Sambil depa makan,show kami berjalan. Ada yang sporting ikut nasyid bersama. Katanya lagu-lagu yang disampaikan mengembalikan nostalgia zaman arqam. Hehe..mana nak sangka arqam dok ada tang ni!

Sorry gambar tak sharp

Lepas show,atas permintaan ramai Dato' diminta bagi motivasi sikit. Dato' banyak menyentuh tentang hati. Keberadaan di Tanah Haram,hatilah yang perlu diubah. Dari hati,akal dan fizikal insyAllah akan turut berubah. Terima kasih Dato' atas perkongsiannya.

Rasa macam kat tv

Waktu lagu Janji Tuhan disampaikan,sempat Dato' tanya pada Syekh Johari,siapa yang buat lirik ni? Syekh Johari cakap,Ummu Jah wanita kontroversi. Dato' kata,patutlah.. Bagus liriknya.. Alhamdulillah.

Rasa sayu bila Dato' ceritakan pada tahun 84 ketika di Amerika,Dato' bersama 100 orang Malaysia sedang mendengar khutbah disebuah masjid bersama ramai lagi jemaah tempatan. Khatib diwaktu itu ialah seorang ulama' dari Mesir yang telah berkata bahawa kebangkitan islam kali kedua akan berlaku dari sebelah timur,dan aku tidak melihat bangsa lain melainkan orang Malaysia lah yang akan melakukannya. Allahu akbar..allahu akbar.. Amin.. Moga ditangan kitalah hendaknya..

Muka lepas show
Rakuskan Datuk!

Malam tu juga para jemaah meraikan anggota rombongan yang menyambut ulangtahun pada bulan Februari ini. Terus saja kami hadiahkan lagu Selamat Hari Lahir dengan liriknya ingat mengingat kepada kebenaran dan kesabaran. Terima kasih Tuhan kerana mendatangkan tetamu yang bersamanya rahmat dariMu sebanyak-banyaknya. Rahmatilah kami dan mereka juga.

Santai islam
Laparrr..pemandangan biasa lepas show!

 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...