Skip to main content

Kiut miut

Musim sibuk sesibuk sibuknya telah kembali. Rumah bertambah sepi. Susah nak bertembung sesama penghuni. Cari disana cari disini. Rupanya tak balik dah beberapa hari. Kemana pergi? Oh..jaga hotel,tolong katering untuk jemaah umrah yang diberkati.

Saja try test je ni.. :-)

Kurang dari sebulan GISB akan melancarkan tv satelit pertamanya yang akan berpusat di Bangkok,Thailand. Dah susah sangat nak buat tv dekat negara sendiri,maka kita pun usahakanlah di negara orang. Alhamdulillah ianya hampir menjadi kenyataan. Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan. Kita nak buat islam ni,kalau memang betul niat dan caranya,pasti Tuhan akan lapangkan. Tapi kalau mula tersangkut-sangkut tu segeralah bermuhasabah. Moga setelah itu semuanya akan kembali lancar. Segala halangan bukan alasan. Yang penting hati mesti tersangat yakin bahawa Tuhan lah yang akan menjayakan. Janganlah selamanya akidah kita bersandar pada kelebihan diri yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi untuk membuat sesuatu atas nama Allah dan Rasul,akal semata bukanlah rujukan. Hatilah yang perlu berperanan. Kita sama-sama doakan ye untuk kelangsungan TV Nur Muhammad di Thailand ni..

Kami team di Mekah ni pun naklah menyumbang saham dalam mengeluarkan bahan-bahan atas nama kebudayaan dan kesenian islam. Selain video klip,sketsa,sitkom dan sebagainya,nak mencuba juga bersusah payah hasilkan drama. Tapi tulah..kat sini masalah utamanya ialah lokasi. Yelah..kadang kita buat skrip,dah terbayang suasana kat Malaysia. Tapi kat Mekah ni mana nak dapat rumah kayu,pokok kelapa,gerai nasi lemak. Yang ada bukit bukau,pokok kurma,kedai kacang bangla. Ishla.. Tapi tulah.. Nak seribu daya kan?

Antara tempat yang best nak dijadikan lokasi shooting ni depan Kaabah lah. Cuma nak masuk masjid bukan boleh usung kamera gedabak kau tu! Waktu nilah credit diberikan pada smartphone. Tak kisahlah iphone ke,samsung ke,bb ke.. Yang penting boleh dapat kualiti audio dan video yang baik insyAllah. Maka untuk itu,Nizam Iman warganegara indon yang memang kaki internet gajet letrik fulltime ni telah memperkenalkan aku dengan satu website ni. Kat sini memang dijual aksesori untuk melengkapkan lagi iphone aku ni supaya dapat menghasilkan kualiti yang tak jauh beza dengan kamera yang ada. Huish.. Teruja aku tengok laman ni. Semua barang kiut miut. Lepastu taklah mahal sangat. Harapnya segeralah duit melimpah ruah untuk aku sambar barang-barang demi keperluan islam ini. Amin.. Kalau korang teringin nak beli atau nak cuci mata ke,bolehlah layari www.photojojo.com. Macam-macam ada...

Lens yang rasa nak baling pasal cute sangat!
Sesuai untuk pelbagai telefon cerdik!
Suka hatilah boleh jadi steady cam!
Kalau shooting kat Kaabah jatuh wajib ade mende ni!
Capture screen

 

Sekarang ni aku dengan Fatim sedang garap satu skrip drama sebagai satu usaha lagi untuk menyampaikan mesej berbentuk penyelesaian kepada masalah sejagat. Pun nak minta korang doakan juga agar semuanya lancar. Skrip dah ada,pelakon pulak sibuk tak nampak muka. Adui.. Memang saja Tuhan nak suruh merintih gila-gila.

Bila aku minta doakan tu,itu memang minta betul-betul tau. Tak main-main punya.. Tolong boleh? Terima kasih.. Moga hajat anda juga akan Tuhan tunaikan.

 

Comments

Anonymous said…
alhamdulilah..syukur dgr GISB nk tbuh kn rncagan tv..smga smua nya bjln dgn lncar..sdkit tkilan bb mlysia xpnh nk bg pluang tuk gisb buat smua ni..tp syukur kn rzki gisb ada d mna2..allahurobbi.

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...