Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh kuantiti gula melampau yang telah dikonsumsi oleh pengidapnya. Atau kadang-kadang berlaku juga kencing manis itu diwarisi dari turun temurun. Kalau sudah tiada harta maka penyakit juga ialah satu warisan untuk mengikat keturunan. Namun boleh saja kencing manis itu menimpa orang yang bahkan sangat menjaga kesihatannya. Kun fayakun.. Satu bukti bahawa Tuhanlah yang mentakdirkan semuanya. Ada yang didatangkan bersama sebab,dan banyak juga yang berlaku tanpa sebab musabab atau diluar logik akal. Maka percayalah wahai akal bahawa anda tidak selalunya benar.
Tak cukup lagi bukti? Ok.. Korang cakap jangan makan makanan berlemakkan? Tak kiralah lemak ayam atau kambing atau susu penuh lemak sekalipun sebab katanya makanan berlemak ialah punca kegemukan. Maka aku pun percaya bulat-bulat sampai badan aku pun dah bulat. Tapi kenapa ha ada adik beradik aku yang sama naik je makan lemak malah terliur dan sanggup berebut bila nampak lemak kambing menggebu,tapi badan depa langsung tak gebu. Bahkan ada yang termasuk kategori kering kontang lempeng rata? Tak aci!
Sebab depa banyak gerak? Kuat kerja? Habis kenapa sorang lagi adik aku yang paling gagah dan selalu angkat berat kerja berpeluh-peluh tapi kekal maintain tembam?
Maka untuk itu mari kita kembali kepada takdir Tuhan yang melakukan semua ini. Oh.. Bukan niat aku hendak menafikan perihal usaha dan ikhtiar. Tidak sama sekali. Sekadar nak sampaikan bahawa aku akan tetap makan makanan berlemak. Eh?
Sapa yang sanggup katakan tidak? |
Yang ni lebih lagilaaa |
Yang lucunya,boleh pula aku terfikir-fikir bahkan siap mempersoalkan lagi kenapa abang aku yang sakit kencing manis tak pernah pantang makan? Dibantainya semua makanan. Tak takut ke? Aku ni ngeri sikit sebab terbayang kaki kena potong,nanti ada ulat.. Tapi bila fikir balik,samalah aku pun! Badan dah macam tong tapi tetaplah menjadikan lemak-lemak sebagai jajan. Itulah contoh kesalahan orang kita nampak tapi dosa sendiri tak sedar diri.
Pernah 2 minggu waktu aku di Jerman menumpang dirumah kawan Turki yang mana keluarga ni sangatlah menjaga kesihatan. Bila masak ayam segala kulit dan lemak akan disiat dan dibuang begitu saja. Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati bila terpaksa hadap ayam togel tanpa kulit! Lama-lama aku tak tahan aku gagahkan diri ke dapurnya waktu dia sedang nak masak untuk pastikan dia tak buanglah kulit ayam tu. Malangnya bahasa Turki aku tak cukup dan bahasa isyarat bukanlah bahasa yang baik untuk menerangkan bahawa aku suka lemak. Pasrah..
Apalah erti ayam kalau begini? |
Peringatan untuk diri sendiri :-
1. Usaha ikhtiar itu wajib (jaga kesihatan).
2. Tapi tetaplah perlu sertakan tawakal sebagai bukti keyakinan kepada Tuhan.
3. Tuhan beri akal untuk berfikir dan membezakan,tapi akal bukan Tuhan.
4. Ada hal yang berlaku masih boleh difikirkan,tapi janganlah menolak banyaknya hal yang boleh saja berlaku diluar kotak fikiran.
Dah itu je nak cakap.
Comments