Skip to main content

November

Sibuk. Takde mood. Peralihan cuaca. Demam. Blog sepi. Padahal dah list kan macam-macam tajuk untuk ditulis tentangnya. Kita merancang,Tuhan merancang. Perancangan Tuhan lah yang terjadi.

Melewati November yang penuh dengan suka duka oleh Tuhan yang maha bijak melakukannya demi keseimbangan roh yang sangat menyihatkan. Sama seperti makanan yang diambil perlu seimbang untuk kesihatan,begitulah roh juga perlu dihidangkan dengan santapan yang akan membuatkannya sihat dan aktif. Ulam-ulaman pahit rasanya,tapi banyak khasiatnya. Kulit ayam berlemak cicir liur mengenangkannya,tapi lepastu sedih dengan kolestrol yang menimbun. Roh tak perlu makan ulam atau kulit ayam,tapi roh perlu dihadapkan dengan kejadian yang akan membuatkannya semakin dekat dengan Tuhan yangmerupakan kesihatan sejati.

Oktober melabuhkan tirai dengan peristiwa yang cukup menggemparkan. Taufan Sandy membadai Amerika,satu kuasa besar dunia yang tiada siapa dapat melawannya melainkan hanya mampu akur dengan setiap telunjuknya. Namun bila Tuhan melabuhkan jemarinya,terjadilah sesuatu yang cukup menakutkan. Boleh saja kita melihat itu sebagai fenomena alam yang tak biasa,namun hati pasti akur dengan kerja Tuhan sang pencipta. Kali ini Amerika pula yang harus akur dengan kekuasaan Tuhan yang melangkaui segala kehebatan mereka. Lumpuhlah sistem yang selama ini cukup dibanggakan,namun bila Tuhan bertindak,semuanya jadi tidak bermakna.

Berlaku juga taufan kecil dinegara kita yang mencetuskan gelombang yang hampir serupa. Bila GISB menyambut peringatan hari kelahiran Pengerusi Eksekutifnya yang 'sudah tiada',dan itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang bagi setengah pihak. Maka berlakulah serbuan dan penahanan. Alhamdulillah semuanya sudah pun selesai walaupun ianya kekal meninggalkan kesan. Bila Tuhan lakukan hal yang dilihat seperti menyusahkan itu,kita justeru bersyukur kerana Tuhan menyediakan ruang yang cukup besar untuk melonjakkan roh kita untuk mendekat padaNya. Sekian banyak hal yang menggembirakan Tuhan telah lakukan,hanya sedikit kejadian yang tidak pun sangat merugikan,rasanya kita patut menambah syukur sebanyaknya kepada Dia yang telah mentakdirkannya.

Banyak lagi kisah dibalik Haji Akbar yang telah berlalu. Kita yakin janji Tuhan itu benar dan pasti berlaku. Hanya saja waktu yang tepat tidak dapat kita pastikan. Tidak rugi untuk terus menunggu jika ia akan membawa kita semakin kenal diri dan berusaha meningkatkannya.

Kepala masih terasa berat walau sudah lebih baik dari semalam. Ramai juga yang selsema,gatal tekak. Moga sakit jadi penghapusan dosa..

Itu je dulu..doakan

 

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...