Skip to main content

Mana nak dicari

Aku tidak pernah belajar tinggi tentang ilmu pemerintahan,sistem negara,politik,kepimpinan dan sebagainya. Namun aku banyak dengar dan belajar dari Abuya tentang kepimpinan menurut islam.

Rasul,nabi,mujaddid dan pemimpin yang ada didalam sejarah islam semuanya merupakan lantikan oleh Tuhan. Kalau ada pun yang dilantik oleh Rasul,itu hakikatnya ialah diambil dari Tuhan. Tidak ada istilah pemimpin dipilih hasil undian orang ramai. Apa lagilah kalau pemimpin itu terpaksa berkempen menyogok rakyat agar memilih dirinya sendiri. Islam menggambarkan bahawa pemimpin ialah satu tugas yang maha berat. Segala beban terpikul dibahunya. Bukan hanya beban duniawi,tetapi yang lebih ditakuti ialah beban ukhrawi. Setiap perlakuannya akan disoal oleh Tuhan bagaimana dia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Mampukah? Sebab itu orang-orang soleh bila dilantik menjadi pemimpin maka dia akan jadi orang yang paling banyak menangis kerana takutkan Tuhan. Takutnya jika amanah dari Tuhan itu gagal mereka laksanakan dan hukuman yang berat menanti.

Menjadi pemimpin ialah menjadi orang yang terbaik dikalangan masyarakat. Dirinya mestilah menjadi model untuk dicontohi oleh rakyat. Diri dan keluarganya perlulah bertanggungjawab terhadap setiap tindak tanduk kerana mereka adalah ikutan. Tanggungjawab terhadap rakyat bukan sekadar mencukupkan keperluan harian mereka,namun yang jauh lebih besar dari itu ialah pemimpin sepatutnya tahu bagaimana memberikan Tuhan kepada pengikutnya. Mengapa Tuhan? Kerana dengan mendapatkan Tuhan saja manusia akan merasa cukup dan memiliki segala-galanya. Memberikan keperluan dunia semata,hanyalah akan mencetuskan masalah yang berpanjangan tiada berkesudahan. Kerana dunia itu ibarat air laut. Diminum hanya menambah haus. Maka bila rakyat mendapatkan dunia tanpa Tuhan ada dihati,walaupun keperluan mereka sudah cukup bahkan melebihi,tetaplah mereka akan terus meminta-minta dan tidak berpuas hati. Kerana itu pemimpin didunia sekarang kebingungan. Mereka merasa telah memberikan segalanya kepada rakyat. Minyak murah,harga barang rendah,subsidi itu ini,tapi itu semua ternyata bukanlah jaminan untuk rakyat akur,taat dan patuh kepada kepimpinan mereka. Sedangkan kalau rakyat mendapat Tuhan,tanpa kemewahan pun mereka akan bersyukur dan menerima segala yang diberikan oleh pemimpin bahkan tetap mampu untuk taat!

Percayalah! Kita tidak memerlukan pemimpin yang hanya mampu memberikan keselesaan didunia,tapi kita sebenarnya mencari pemimpin yang akan memimpin kita hingga ke syurga. Pemimpin itu bukan sekadar 'tahu bercakap tentang agama' kerana sudah terbukti orang yang konon mempunyai ilmu agama yang tinggi ini biasanya jumud. Beku. Tidak berkembang. Sedangkan itu bukanlah ciri islam yang sebenar. Pemimpin sejati ialah yang telah terbukti berjaya menjadikan Tuhan dan agama sebagai cara hidup dan model islam yang terbaik untuk ditiru oleh seluruh masyarakat termasuk yang bukan islam.

Kerana itu aku hairan dengan mereka yang bersungguh-sungguh hendak menjadi pemimpin. Digunalah berbagai cara agar dirinya dipilih untuk memimpin. Kalaulah kita sedar apakah yang bakal ditanggung oleh seorang pemimpin,nescaya kita sebolehnya menolak untuk jadi pemimpin. Dan kalau memang kita terpilih dan dipilih pun untuk memimpin bangsa,negara atau agama,maka wajiblah kita merasa takut yang teramat sangat kepada Tuhan kerana sebelah kaki kita ibaratnya telah pun didalam neraka. Sedangkan menjadi pemimpin didalam rumahtangga saja pun sudah berat bebannya,apa lagilah jika menjadi pemimpin kepada masyarakat yang lebih besar. Ada sajak yang Abuya nukilkan khusus untuk menggambarkan perihal pemimpin yang sebenar. Moga jadi panduan untuk diriku dan semua yang sudi membaca..

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Penyelamat ummah dunia dan akhirat
Tiada keadilan ummatkan huru hara
Pemimpin menanggung dosa rakyatnya

Pemimpin yang adil orangnya tawadhuk
Boleh duduk sama dengan rakyatnya
Kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyat
Kepentingan rakyat lebih utama

Dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah dimukanya
Sombong dan takabur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Kepentingan rakyat sangat dijaga
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran amat dijauhinya
Rakyat diajar mentaati Allah

Pemimpin-pemimpin diakhir zaman
Kebanyakan pencetus huru hara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat hormat dan sayang padanya

Mana nak dicari pemimpin yang begini..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...