Selesai saja kelas Tilawah,saya bergegas menuju ke surau ditingkat 3 untuk menunaikan solat zuhur. Memang dah standby wuduk awal-awal sebab takut tak sempat nak kejar kelas berikutnya. Sampai surau terus ambil tempat untuk solat. Dah tak ada jemaah lagi sebab zuhur dah lama berlalu. Inilah hal yang paling menyedihkan bila selalu solat lambat sebab kelas bertembung dengan waktu sembahyang. Setelah selesai solat dan berdoa,tiba-tiba seseorang menepuk bahu saya. Seorang pelajar arab(saya satu-satunya pelajar melayu di kolej) Dalam keadaan agak kelam kabut mungkin hendak mengejar kelas juga,dia menegur saya.
“ Solat tak boleh pakai baju macamni,” katanya dengan tegas.
“ Kena pakai baju macam saya ni,panjang.” sambungnya lagi. Kebetulan saya memakai baju seluar(baju labuh bawah lutut dan seluar) Dia pula memakai jubah dan purdah.
“ Lain kali jangan buat lagi ye,” katanya dengan nada seolah-olah saya baru lepas mencuri lolipop dimini market. Saya hanya mengangguk dan tersenyum sambil menjeling kasut but yang sedang dipakainya DIDALAM SURAU.
Hmm..nasib baik saya nak cepat ke kelas. Kalau tak,gagah juga nak menjawab tu. Saya boleh terima teguran tu,tak ada masalah pun. Walaupun rasanya tak salah saya solat dengan pakaian macam tu. Baju labuh bawah lutut,seluar kembang. Tapi yang saya geramkan,eh tak boleh geram,yang saya kesalkan ialah orang-orang Jordan ni(saya tak sebut orang arab sebab Rasulullah berketurunan arab juga) memang hobi mereka menegur kita. Terus terang tanpa lapik,kiasan apa lagi berpantun. Direct kena hidung. Tapi,mereka sendiri..? Sembahyang pakai kasut! Maklumlah..kasut but tinggi sampai lutut,renyah nak bukak-bukak ni. Mana nak sembahyang,mana nak ke kelas lagi. Jadi,untuk memudahkan,mereka akan sembahyang dengan kasut but mahal tu ditepi pintu surau supaya kononnya tak terlalu jauh kasut itu dibawa masuk ke surau. Boleh ke macam tu? Sabar jelah.. Kalau ikut was-was ni memang saya jamak dari zohor sampai maghrib lah jawabnya. Tapi sebab alas sejadah,sedapkan hati jela,moga-moga tak najis. Bayangkanla kasut tu bawak round satu bangunan. Bawak masuk tandas yang makcik cleaner selalu cuti tu,tiba-tiba balun bawak masuk surau. Haishh...sabar-sabar. Dan dalam keadaan yang menyebalkan itu lagi,mereka dengan gembiranya ingin merebut pahala dengan menegur kesilapan saya yang dilihatnya.
Sebelum berlalu dia sempat pesan untuk pakai kain waktu nak solat sambil menunjukkan sehelai kain yang dah macam rupa lapik kaki yang tergantung didinding. Saya malas nak cakap banyak,angguk jelah. Tapi sepanjang jalan pergi kelas tu memang macam-macamla dok bercakap. Dalam hati jelah. Pelik pulak orang tengok cakap sorang-sorang. Cakap tu bukan apa,tapi sedang menyusun ayat dalam bahasa arab persediaan untuk kalau lepas ni kena tegur lagi. Siap cari lagi kot-kot ada hadis khusus tentang ‘larangan menegur kesilapan kawan setelah sembahyang pakai kasut’ Ada ke hadis macam tu? Yang maksudnya begitu mungkinlah...
Peristiwa ni dah lama berlalu. Waktu zaman belajar dulu. Muda lagi. Sekarang dah tua. Tapi masih segar diingatan. :-)
Jadi sebelum kita menegur orang,pastikan kita melihat kedalam diri apakah kita sudah lebih baik dari orang yang hendak ditegur itu. Kalau pun terpaksa menegur,tapi biarlah hati kita dalam keadaan cemas kerana memikirkan kita pun belum sempurna. Terpaksa juga tegur atas dasar tanggungjawab. Tegurlah dengan hikmah. InsyAllah senang hati manusia menerimanya.
Diri yang menulis ni pun masih ceroboh lagi dalam hal tegur menegur ni. Masih menegur kerana nafsu. Moga dapat segera membaikinya.

Comments
alasannya "mungkin imam syafi'i sendiri tidak pasti asal usul hadith tersebut.."
dalam hati ana (amboih..! kalau imam syafi'i sendiri tidak pasti asal usul hadith tersebut, xkn beliau brani mgeluarkan hukum.. imam besar tuu...)