Sebuah rumah usang peninggalan zaman berzaman. Banyak sekali kerosakan yang berlaku. Tiangnya sudah reput dimakan anai-anai. Bumbungnya tinggal separuh. Lantainya sudah berlubang disana sini. Cuba dibaiki tiangnya,bumbungnya jatuh. Beralih ke lantai,tiang pula roboh. Kelihatannya seperti tiada apa yang boleh dilakukan. Rasanya lebih baik kita keluar dari rumah itu segera sebelum ia nya roboh dan kita akan cedera atau pun mati ditimpa segala macam kayu,zink,batu yang semuanya itu hanya menanti sedikit saja angin untuk tumbang.
Bagi mereka yang benar-benar mementingkan keselamatan,keluar dari rumah itulah jalan yang terbaik. Kita tak mungkin boleh membaiki rumah itu lagi. Lebih baik kita robohkan saja dan kita bina satu rumah baru diatas tapak rumah yang lama. Itu lebih akan memberikan kebaikan.
Rumah usang itu ibaratkan satu sistem yang telah lama diguna pakai didunia ini. Sistem yang dilihat tidak lagi membawa sebarang kebaikan. Makin digunakan,kerosakan makin tumbuh melata. Diusik yang ini,disebelah sana akan goyang. Segala macam cara telah dicubakan untuk membaiki keadaannya. Namun percubaan itu tidaklah menambah baik sistem itu. Sebaliknya hanya akan memberikan kemudharatan kerana ditakuti kita akan terbenam didalam kemungkinan runtuhnya sistem yang rosak parah itu.
Kita tidak akan mampu membaiki sistem selagi kita berada didalamnya. Kita harus berada diluar lingkaran itu untuk sampai bisa mewujudkan satu sistem lain yang dijamin mampu untuk melakukan satu tata dunia baru.
Comments