Skip to main content

Mencari Tuhan di Jendela

Dulu sebelum aku kenal benar tentang Tuhan,sebelum aku faham tentang rahman dan rahimnya Tuhan,aku sebenarnya seorang yang sangat prejudis dengan Tuhan. Aku selalu yakin akan hakikat Tuhan itu maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun. Tidak pernah aku ragukan itu. Cuma bila melihat kejahatan diri,aku sering berfikir,apakah Tuhan itu mahu mengampuniku? Dengan dosa-dosa ku ini,apa Tuhan sudi untuk berada dekat dengan ku? Aku tidak yakin itu. Aku selalu merasa cukup hina hingga ku kira Tuhan pun tidak akan pernah mahu menerimaku.

Aku teruslah berperasaan begitu untuk beberapa ketika. Aku juga seperti orang lain melalui masa remaja yang penuh dengan berbagai perasaan dan fikiran. Rasa ingin tahu,ingin mencuba hal yang baru itu selalu ada. Walaupun kadang aku tahu hal itu tidak pantas dilakukan,tapi kerana fikiran belum cukup matang,aku teruslah melakukan hal-hal yang jauh disudut hati dapat aku rasakan kesilapannya. Tapi sukar sekali untuk menghindarnya. Setelah itu aku akan mulai lagi berfikir,bahawa Tuhan pasti tidak akan pernah memaafkan aku. Ya..mau gimana lagi.

Namun setelah aku beranjak menuju kematangan,dengan ilmu,pelajaran,didikan yang tidak pernah berhenti dari ayah ibuku,aku dapat rasakan perlahan-lahan Tuhan mulai mengisi hatiku. Aku seorang yang bisa dikatakan jarang berkongsi masalah dengan sesiapa pun. Walau aku bukanlah termasuk kategori orang yang pendiam,tapi terkait masalah yang cukup peribadi,yang aku rasakan orang tidak akan mampu membantu menyelesaikannya,aku lebih senang menyimpannya sendiri. Dan jalan keluarnya ialah aku sering mencari waktu untuk bisa melepaskan segala yang terbuku itu kepada Tuhan. Aku tidak tahu bagaimana ianya bermula. Tapi itulah yang berlaku. Aku rasakan Tuhan tidak memberi aku pilihan lain,hingga aku terpaksa mengadukannya kepada Tuhan. Aku masih
ingat,tiap aku punya masalah,aku akan berdiri ditepi jendela dan berkata, “ Tuhan..aku tidak bisa melihatMu. Tapi aku tau engkau ada disini. Tolong dengarkan aku Tuhan ”
Dan aku akan ceritakan semuanya hingga aku merasa cukup lega sekali. Sesuatu yang menganjal sekian lama,kini terlerai sudah. Aku cukup bahagia dengan itu. Mungkin aku tidak begitu faham apa yang sedang aku lakukan,tapi aku sudah cukup terdesak untuk meluahkan semuanya. Tapi tidak pada manusia yang ku kira mereka juga hanya akan tahu bersimpati tapi belum tentu mampu membantu. Dan..penyelesaiannya hanya ada pada Tuhan.


Ayah ibu lah hakikatnya yang membekalkan itu untukku. Dari kecil aku diajarkan untuk pandai hidup sebagai seorang yang tidak ada tempat pergantungan melainkan Tuhan. Sering berjauhan dengan ibu ayah,membuatkan aku bagai hilang tempat bermanja. Namun,ibu ayahku meninggalkan aku dengan satu hal yang jauh lebih berharga dari keberadaan mereka disisi,iaitu Tuhan. Mereka mengajarkan bahawa Tuhan itu adalah kawan yang paling setia. Yang tidak pernah mengecewakan kita. Ya..sebagai anak yang masih kecil,pasti aku pernah sempat kecewa kerana ditinggalkan. Tapi aku difahamkan bahawa Tuhan itu tidak akan pernah mengecewakan kita. Jika kita memiliki Tuhan,kita akan memiliki segalanya.

Kerana tiada pilihan lain yang tersisa,akhirnya Tuhan ku jadikan pelarianku dari segala masalah. Hasilnya,segala masalah ku rasakan selalu bisa selesai dengan cara yang tidak ku duga. Sesekali masalah itu tidak selesai seperti yang ku harapkan,tapi aku masih bisa merasakan hikmahnya. Pernah juga masalah itu berlanjutan berterusan,tapi hal itu justeru membuatkan aku semakin dekat padaNya kerana aku teruslah akan menagih penyelesaian itu dariNya.

Semakin hari aku semakin yakin dengan hadiah yang diberikan orang tuaku padaku. Ibu ayah tidak pernah memberi hadiah ulang tahun untukku,bahkan mungkin mereka tidak pernah mengingat tanggal kelahiranku memandangkan tanggungjawab yang mereka pikul jauh lebih besar. Tapi,dengan memberiku Tuhan,aku bagaikan menerima hadiah setiap hari. Bayangkan,jika aku mendapatkan hadiah berupa material dari ibu bapaku,diwaktu aku punya masalah,apa benda-benda itu akan bisa membantu? Tidak. Tapi dengan Tuhan,aku bahkan mendapatkan hal yang aku pun tidak pernah memintanya,tapi Tuhan tetap memberinya. Tuhan itu terlalu baik sekali padaku hingga dia tidak pernah meminta balasan apapun diatas segala kebaikannya. Dia begitu setia denganku,hingga jika aku melupakannya,membiarkannya,dan setelah itu aku ingin kembali lagi padaNya,mau aja dia menerima aku lagi. Tanpa syarat. Bila aku memohon maaf dariNya,aku sampaikan bahawa aku lemah,beginilah aku,ingat dan lupa itu sering berlaku,Tuhan justeru menyatakan kalau Dia lah yang menciptakan aku begitu dan untuk itu Dia akan sanggup untuk memaafkanku asal saja aku mau mengakui segala kelemahanku.

Aku malu sekali padaNya. Ada waktu aku terasa ingin lari. Lari ke tempat yang Dia tidak akan bisa melihatku. Biar hilang rasa maluku padaNya. Tapi mana mungkin aku lari. Rupanya memang Tuhan yang meminta hamba itu untuk tahu malu denganNya. Agar perasaan malu itu akan menyuburkan rasa ingin melakukan perkara untuk membesarkannya,membalasi kebaikannya.

Aneh sekali Tuhan. Dia itu kawan. Tapi dia itu Tuhan. Dia yang mengatur semua perjalanan hidupku. Dia yang memberi masalah dan Dia lah yang akan menyelesaikannya. Dia yang berikan penyakit dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya.

Tuhan..untuk aku yang belum sepenuhnya mengenaliMu,mencintaiMu dan mentakutiMu ini pun sudah rasakan hal yang sangat indah. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah benar-benar ‘gila’ denganMu? Pasti keadaannya jauh lebih indah. Inginnya hati untuk menikmatinya. Cemburu rasanya melihatkan mereka. Aku bila lagi tuhan? Segerakanlah Ya hannan Wal Mannan..

Comments

Auni said…
The best entry! *touching n crying
Anonymous said…
wa..terase dipujuk same oleh Tuhan..
Mar'atus Solehah said…
‎'Ya Allah..terasa sgt ingin mempunyai hati sepertimu ..seperti mereka2 yg telah mendapatkan Tuhan..mendapatkan Rasulullah...tapi aku masih lagi jauh ke belakang..tolong aku Ya Allah'..T_T
Unknown said…
Assalamu'alaikum wbrkt..puteri abuya

perlulah menjaga akhlak dalam brhubungan dengan Tuhan..

boleh berdoa (wlalaupn Tuhan Maha Mengetahui) tetapi jangan mendesak atau
merjuk.

hendaklah sentiasa mengekalkan sifat hamba
bila bermunajat dgn Tuhan.

Jangan wahai puteriku sekali-kali jadikan Tuhan sebagai no emergency 911.

Klau ada kebakaran panggil bomba, kalau
kecurian panggil polis dan kalau sakit panggil ambulan.

Jangan sesekali cuba mendahului Tuhan...

semoga brjaya..
Terima kasih atas ingatannya. Meminta bantuan dengan Tuhan tidak sampai menafikan usaha lahir yang Tuhan perintahkan untuk sungguh2 mengerjakannya. Yang sy mksudkan ialah meminta bantuan trhadap hal yang polis,bomba,hospital,mini market,sekolah,restoran,JPJ,dan sebagainya itu tidak dpt menolong. Meminta dgn Tuhan jg bukan bererti mendesakNya. Sebaliknya meminta Tuhan selesaikan mslh,dan jika apapun yg Tuhan takdirkan,mg Tuhan tetap memberi kekuatan hati utk menerimanya. Trmksh lg sekali krn sama2 mengingatkan...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...