Buat Bonda Ummu yang tercinta dan yang sangat-sangat dirindui.
Hari ini 1 Mei. Tarikh kelahiran Ummu.
Tarikh yang penuh bermakna bagi setiap insan yang menyayangi Ummu. Sudah pasti ramai yang sedang mengalirkan air mata rindu terkenangkan Ummu. Kenangan yang Ummu tinggalkan pada kami ialah sesuatu yang mustahil kami boleh lupakan.
Tapi malangnya, Adib sebagai anak kandung Ummu sendiri belum mengalirkan air mata rindu pada Ummu, walaupun atas nama fitrah. Sampai sekarang Adib tertanya-tanya kenapa Adib belum boleh menangis bila terkenangkan Ummu. Malah pada hari pemergian Ummu, iaitu hari yang Allah pisahkan jasad kita buat selama-lamanya.
Jahat derhaka zalimnya hati Adib sebagai anak, kerana air mata Adib setitik pun tidak mengalir sedih kehilangan Ummu. Bukan Adib tak malu tak sedih melihatkan Adik beradik semua menziarahi pusara Ummu, dalam keadaan semuanya mengalirkan air mata dan teresak-esak menahan bermacam macam perasaan. Adib cuba berkali kali untuk menangis, namun air mata tak juga mengalir.
Jadi Adib akui pada diri yang sememangnya fitrah Adib sendiri sebenarnya dah rosak. Jauh lagi hati Adib sendiri yang dah mati. Kerana Adib lihat Kak Atiyyah yang sedang sangat terasa dengan Ummu, kerana keputusan yang Ummu putuskan untuk dirinya pun boleh menangis mengalirkan air mata. Kak Atiyyah yang Allah pisahkan jasadnya dari kami bukan kerana terpisah oleh 2 alam yang berbeza, tetapi terpisah kerana keyakinan yang tidak lagi sama.
Sebenarnya Adib sangat menunggu peluang untuk tuliskan sesuatu cerita tentang jasa Abuya Ummu yang terbesar dalam hidup Adib. Adib sangat menyesal dan sangat sangat bersalah kerana dalam banyak banyak surat yang dituliskan oleh adik-beradik khusus untuk kak Atiyyah, Adib seorang sahaja yang langsung tak menceritakan tentang Tuan Nasir dan Cik Zura, yang sepatutnya Adiblah orang yang paling kena cerita.
Sebab Tuan Nasir dan Cik Zura tu sendiri ayah dan mak mertua Adib. Mereka inilah hadiah terbesar dari Abuya Ummu buat Adib. Ampun maaf Tuan Nasir(Abi) Cik Zura(Umu) atas dosa Adib.
Ummu sendiri yang kahwinkan Adib dengan anak Tuan Nasir dan Cik Zura. Bukan Tuan Nasir Cik Zura yang susun. Tuan Nasir Cik Zura sangat merasakan Tak layak dan malu nak jadikan anak mereka sebahagian dari keluarga Abuya. Malah Tuan Nasir Cik Zura menangis kerana malu dan takut kerana mereka sangat merasakan mereka banyak salah pada Abuya Ummu.
Bukan Ummu tak kenal Adib, kalau orang tak cerita pada Ummu pun kejahatan Adib, kerana jarang-jarang sekali dapat berjumpa Ummu. Tapi kan Ummu ibu yang melahirkan Adib. Naluri seorang ibu itu pasti sangat-sangatlah kenal kejahatan, kelemahan, kekurangan yang ada pada Adib. Tapi kerana Ummu pun sama nak mengambil dan menumpang keberkatan Tuan Nasir dan Cik Zuralah, Ummu jadikan Adib menantu Tuan Nasir Cik Zura.
Hari pertama Adib sampai Turki, dengan izin Allah dan segala keberkatan, hari itulah Adib di kahwinkan dengan anak Tuan Nasir dan Cik Zura, iaitu Siti Hajar. Adib bukan nak cerita hal perkahwinan Adib, tapi nak ceritakan 1 cerita permulaan proses roh yang sangat-sangat mahal dalam hidup Adib.
Suatu hari lepas sembahyang subuh di Rumah Tamu GISBH, waktu tu masih lagi di Beykoz, lepas sembahyang subuh Adib terus naik, masuk bilik dan tertidur. Bila Adib tersedar dan terus turun ke surau semula mengikuti tahlil. Waktu tu Tuan Nasir sedang membaca doa penutup tahlil, bila selesai tahlil terus Tuan Nasir bertanya pada Adib dengan suara yang tegas
"Adib buat apa dalam bilik?"
Waktu tu Adib terkejut, sebab tak pernah orang tanya Adib soalan dengan nada tegas sebegitu.
Adib jawab dengan niat nak membela diri,
“Naik atas nak masuk bilik air dan tertidur"
Tuan Nasir terus cakap pada Adib.
"Ini bukan rumah ana, ini rumah Abuya! Tolong ikut disiplin Abuya!Bacaan tahlil ni Abuya yang punya, bukan ana punya!"
Hati Adib waktu tu terus dirasakan, Tuan Nasir ni sangat tak ada apa apa kepentingan walaupun Adib anak Abuya dan Adib menantu Tuan Nasir, tapi atas sebab nak bela Abuya dan nak bela keluarga Abuya, Tuan Nasir sanggup ambil risiko.
Sebelum Ummu pergi tinggalkan kami semua, Adib masih ingat pesanan Ummu pada Adib agar Adib duduklah di Turki.
"Adib sebelum ni tak pernah duduk di bawah mana-mana pemimpin, jadi sekarang ni Adib duduklah dengan Tuan Nasir Cik Zura. Nanti Adib akan dapat rindu dan takut pada Abuya dan rindu dan takut pada Ummu"
Terima kasih Abuya Ummu atas hadiah yang teramat besar ini. Tuan Nasir Cik Zuralah sekarang menjadi pengganti Abuya Ummu untuk terus didik Adib dengan bermacam-macam cara untuk Adib membesarkn perjuangan Abuya Ummu.
Terima Kasih juga pada En Yahya yang menjadi jambatan untuk Adib kenal Tuan Nasir Cik Zura. Bagi Adib,kalau Adib tak lepasi En Yahya Adib tak akan dapat hati Tuan Nasir Cik Zura. Teringat kata-kata En Yahya pade Adib.
"Ana nak bela perjuangan ni sekira-kira kalau Tuhan nak ambil semua barisan kepimpinan dalam jemaah ni, waktu tu ana dah bersedia nak bela perjuangan ini"
En Yahya sambung lagi. Para pemimpin yang ada sekarang ni, mereka mana tahu Allah nak ambil Abuya dan Ummu, tapi kerana hati mereka yang sangat dah bersedia untuk tanggung sama susah payah dalam perjuangan, hingga hari ini perjuangan Abuya semakin laju dan berwibawa di tangan mereka.
Tapi sampai hari ini Adib gagal kerana Adib makin tak kenal Tuan Nasir Cik Zura.
Sempena tarikh 1 Mei hari kelahiran Ummu pada hari ini, Adib niatkan untuk tebus dosa Adib pada Abuya Ummu. Adib nak kongsikan 2 buah sajak yang menceritakn tentang Hati dan perjuangan Tuan Nasir Cik Zura dalam nak membela Abuya Ummu. Segalanya Adib sangat menumpang atas keberkatan Tuan Nasir Cik Zura.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Anak murid yang paling taat"
Lahirnya dirimu di saat Mursyid mengharapkanmu
Seluruh kehidupanmu hampir tiada dirimu
Kau bahkan bukan dari darah dagingnya
Namun perjuangan mursyid menjadi darah dagingmu
Rindu hati yang mendalam pada mursyid
Kau bekukannya atas kerana perjuangan
Kalaulah atas peribadimu semata mata
Raungan Air matalah yang membasahi hidupmu
Kenanganmu berkhidmat dengan mursyid
Bukan itu yang sebenar menguatkan dirimu
Tapi hatilah yang kuat membenarkan yakin tak smpai hati
Itulah dirimu menjadi khadam pada perjuangan mursyid
Oh kau di hina di caci di maki oleh dunia
Ungkapan bibirmu dari hatimu berkata
"Aku takkan mengalah dalam nak membela mursyid,
Kerana tiada yang lebih besar melainkan dia!!!"
Begitulah setianya dirimu pada mursyid
Di marahi tetap rindu setia tidak mundur dalam jiwa
Jauh dekat diuji dipuji tetap rindu dan rindu
Beginilah percintaan seorang khadam pada mursyid
Kini kau mempromosikan Tuhan dan Rasul pada dunia
Kau memperlihatkan mursyid didalam semua perkara
Itulah perjalanan hidup seorang hamba pada Tuhan
Juga ummat kepada Rasulullah
Akhirnya kau buktikan pada dunia
Sebesar-besar kejayaan mursyid dunia akhirat
Berjaya melahirkan anak murid yang Takutkan Tuhan Rindukan Rasul
Taat setia, rindu, bijaksana pada mursyid didalam hati mu
Homestay Moyang Al Fateh,
Istanbul,Turki
30 september 2016
••••••••••••••••••••••••••
"Ibu Sejati"
Wahai ibu yang sejati..
Ramai tidak mengenalimu
Jauh sekali mengenali hatimj
Bahkan Ada yang hanya kenal namamu
Malah ada yang bertanya siapa dirimu
Oh Ibu..
Pengasuh hati kami
Untuk menghayati keberkatan Mursyid
Sampai masa, tepat waktunya
Tuhan memperkenalkanmu
Engkau memburu hati sahabat
Sensitifnya hatimu terkenangkan Nabimu
Membela Mursyid lebih dari nafasmu
Titisan air matamu bukti cinta dan cita-cita pada islam
Sedu suara tangisan, sentiasa rindu pada Mursyidmu
Lantang katamu memberi kekuatan jiwa
Sakiti nafsu, itulah hakikat kasih sayangmu Menyelamatkan manusia itulah harapanmu
Senyum tawamu sangat mengelirukan suasana
Rupa-rupanya luluh hatimu
Oh sentiasa mengenangkan kekasih hati mursyid
Keberkatan mereka diburu setiap detik dari awal hidupmu
Hidupmu dikorbankan demi membela Islam
Langkahmu menempuh perit dan duri
Marahmu hingga sanggup dibenci orang
Asalkan bukan kemarahan mursyid padamu
Ghairahnya dirimu demi perjuangan
Ketaatan tanpa alasan walau sekecil zarah
Penyerahan hati langsung tiada sempadan
Cerdiknya tindakan sentiasa dirujuk pemimpin
Untungnya siapa terhubung denganmu
Oh ruginya oh malang tidak mengenalimu
Lebih lagilah yang menjauhi dan membiarkanmu
Terhina siapa yang sengaja menyakitimu
Allah dan Rasul memuliakanmu
Wahai Ibu Hatiku..
Cafe Nur Muhammad,
Istanbul,Turki
1 Januari 2017
•••••••••••••••••••••••••••••
Villa GisbHolding,
Sandy Ridge,Claygate
KT10 0UD,London,United Kingdom

Comments