Skip to main content

Gila-gila remaja

Melewati zaman remaja yang tidak mulus adalah kekesalan yang sering bertandang dihati. Bila dikenang balik apa yang dah diperbuat diusia remaja,rasa geram dengan diri sendiri. Kadang sampai bertanya-tanya kepada Tuhan,kenapa Tuhan tidak jadikan saja sejarah hidup aku ni baik-baik saja? Kenapa kena tempuh pengalaman jadi budak nakal,lari sekolah,lawan cikgu,malas solat,susahkan hati Abuya Ummu? Kenapa? Kenapa Tuhan tak buatkan aku ni jadi anak soleh sopan santun akhlak mulia je? Demikianlah segala hal yang sering melintasi hati.

Namun kini aku mulai melihat hikmahnya. Bila sekarang dok perati para remaja yang sedang melalui fasa peralihan kearah kematangan,aku rasa aku faham apa yang mereka rasa. Tuhan uji dengan perasaan ingin mencuba semua benda. Rasa diri betul semuanya. Ditambah lagi dengan nafsu setan yang bermaharajalela,memang sengsara. 

Sebab itu nak hadapi remaja bermasalah ni bukan boleh diatas-atas saja. Mana boleh main arah-arah je. Lebih lagi tak boleh marah-marah Ikut suke. Lagilah jangan nak mengata-ngata sahaja!

Aku ingat lagi waktu sekolah tingkatan 2 di Rawang. Tuhan je tau betapa teruknya perangai aku. Kelas tak pernah masuk,displin tak pernah ikut. Lari sana sini. Merayau macam kutu rayau. Waktu tu ustazah-ustazah pun menyampah. Dah tak larat nak hadapi. Tok cerita,setiap petang berderet ustazah mengadap Ummu nak mengadu pasal aku. Heh! Kepada semua yang pernah ditimpa kenakalan aku,minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku! 

Aku berpeluang melihat sendiri bagaimana Abuya dan Ummu menangani masalah remaja ni. Abuya makan sekali,tidur baring,turun tangan betul hadapi depa! Setiap hari ada je aktiviti yang dianjurkan untuk para remaja bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan hal yang tidak sepatutnya. Abuya panggil para pemimpin bersidang untuk sama-sama bincang. Macam-macam pendekatan yang diguna pakai. Pujuk,marah,berlembut,garang,semua tu masuk silibus. Begitu sekali. Pendidikan bukan boleh cuba-cuba. Salah langkah,kesannya matilah jiwa.

Pernah datang kat aku ni seorang ustazah yang menjaga tak sampai 20 orang pelajar. Bersungguh-sungguh ustazah tu minta aku jumpa anak-anak muridnya untuk bagi tarbiah,tazkirah,ceramah dan sebagainya kerana menurutnya anak-anak muridnya itu sudah melampau dan tak boleh nak diubah lagi. Aku pun tanya,apa masalah mereka? Merokok ke? Dadah? Zina? Buang anak? Ustazah tu jawab,tak... Mereka ni suka tidur. Malas buat kerja. Kadang solatnya telat. Waduh bukkk.. Kalo malas sih,saya juga malas. Kadang saya juga telat solatnya. Kalo tidur,memang saya jagonya. Nak berdepan dengan remaja,perkara pertama yang kena buang dari hati kita dulu ialah PREJUDIS. Prejudis takkan membawa kita kemana-mana bahkan sikap itu akan menjauhkan kita dengan mereka. Membina jurang dengan mereka adalah ibarat menempah bala. Pendidikan mustahil akan berjaya.  

Melaksanakan pendidikan perlu dilakukan dengan hati. Barulah kesannya sampai ke hati. Para remaja perlu didekati. Sebab itu Ummu tubuhkan pusat jagaan merubah hati untuk remaja yang terlibat dengan rokok dan dadah ni. Kerana ketagihan mereka itu bukannya boleh diatasi dengan akal-akal sahaja. Hatilah yang nak dirubah. Bila hati dapat diikat dengan Tuhan,rokok dadah tu dah jadi mudah untuk ditinggalkan. 

Ada orang yang Tuhan rezkikan dengan sejarah hidup yang indah. Jarang berbuat salah. Kerana itu mungkin dia kurang mampu untuk mendalami jiwa para remaja yang bermasalah. Ditambah lagi dengan keadaan anak-anaknya yang mungkin soleh dan solehah. Brtambah-tambahlah. Jadi bila berdepan dengan remaja yang nakal,dia pun berkeluh kesah. 

Pengalaman akulah kan,biasanya budak-budak nakal ni bila mereka dah dapat kesedaran,mereka akan jadi lebih baik dari budak-budak baik. Sebab biasanya yang nakal ni Tuhan bagi akalnya cerdik. Kadang budak-budak baik ni kemampuan mereka hanyalah membaikkan diri mereka sahaja. Tapi tidak mampu menarik orang lain untuk baik sama. Namun kelebihan budak-budak nakal ni biasanya mereka ada pengaruh. Kelebihan itu kalau pandailah kita gunakan,insyAllah banyak manfaatnya. Tak hairan kalau nanti mereka yang akan meringankan kerja-kerja kita.

Ada sorang anak sedara aku. Dulu tu Yaallah.. tuhan je mampu! Nakal macam hantu! Hantu pun tak nakal macamtu. Tapi yang aku herannya Abuya selalu cakap,dia ni insyAllah besar-besar jadi panglima. Aku selalu tengok Abuya panggil dia,ajak sembang,ajak makan,tanya-tanya soalan,kadang tu bawak jalan disaat orang lain nak dekat pun tak berani. Tapi Abuya sanggup berkawan dengan dia. Hasilnya sekarang alhamdulillah,dah jadi panglima pun dia. Sekarang sibuk ulang alik Malaysia-Australia dan sibuk juga membantu menyelamatkan remaja-remaja bermasalah. 

Tuhanlah yang akan merubah hati. Sedang kita hanya mampu berusaha sepenuh hati. Bukankah kita juga adalah orang-orang yang pernah hanyut dengan nafsu dan kemudiannya diselamatkan dari semua itu? Siapa yang berani dabik dada bahawa dia tidak pernah melakukan kesilapan? Kalau pun kita tidak melakukan kesilapan seperti orang lain,tapi ingatlah kesalahan kita kepada Tuhan yang sering dilakukan tapi Tuhan bahkan sudi mengampunkan. 

Lain zaman lain cabaran. Akukan bila dengar cerita orang-orang tua sekarang yang mereka dulu pernah mendapat didikan awal arqam,terkesima kejap aku. Kalau dulu,pelajar perempuan kena pakai kain batik. Sopan santun. Tak bolehlah pakai seluar panjang ni. Tak beradab. Agaknya sekarang ni mau ke budak-budak ni pakai kain batik eh? Aku sempat jugaklah kena ikut displin kain batik waktu sekolah asrama penuh di Kuala Kubu dulu. Wahh.. Rasa diri macam perempuan melayu terakhir. Kalau dulu sekolah arqam,siapa dengar lagu-lagu pop ni kira dosa besarlah. Sekarang ni kami nak buat lagu kena dengar dulu lagu macamna yang jadi trend sekarang. Nak sesuaikan selera orang. Kain batik dan dengar lagu ni contoh kecik sangat. Banyak lagi contoh lain yang boleh menggambarkan perbezaan didikan zaman dulu dan sekarang. Maka kita sebagai orang yang nak menjayakan pendidikan insan perlulah faham bagaimana hendak berhadapan dengan pelbagai ragam manusia khususnya remaja. Tak boleh samakan diri kita dengan mereka. 

Macam sekarang ni aku duduk dengan remaja-remaja yang disatukan dibawah Generasi Harapan. Walaupun buat kerja macam artis,tapi aku lebih melihatnya sebagai satu persekolahan. Kerja-kerja menghibur tu mudah je,tapi kerja mendidik hati nilah yang susah sebenarnya. Aku selalu ingatkan mereka,kita bukan artis. Tapi yang sedang kita jalani ini ialah satu bentuk pendidikan. Kita tak menghabiskan banyak masa bersekolah secara rasmi,tapi kita sedang melewati pendidikan dalam hidup sehari-hari. 

Aku tidak berniat untuk membela kenakalan remaja. Apalagi untuk menyokong kesalahan mereka. Yang salah tetap salah. Tapi jangan sampai kita yang nak mendidik ni pun ikut bersalah. Manusia ada jiwa. Salah didik,boleh jadi gila! Kena berhati-hati untuk mengubahnya. Biasakan kita dengar,merubah gunung jauh lebih mudah dari merubah hati manusia?

Ingatan ini adalah untuk diri aku sebenarnya. Bila aku kenang balik apa yang pernah aku lalui,aku jadi simpati dengan remaja yang bermasalah ni. Keinginan untuk berubah memang ada,tapi kekuatan untuk berubah tu yang tak ada. Tak tau nak mula dari mana. Setan nafsu memang all out gila! Maka tanggungjawab kitalah yang perlu membimbing mereka. Janganlah mereka ini dihina-hina saja hanya kerana kita tak pernah melakukan kesalahan yang sama. Atau kerana anak kita baik-baik saja. Ingat! Diakhirat nanti Tuhan akan tanya semuanya. Apa yang dah kita buat untuk selamatkan mereka?

Comments

Anonymous said…
Setuju
Anonymous said…
Dah lama sangat saya tunggu update terbaru untuk membasahi hati yang gersang ni.. Kak olah.. Harap dapat la selalu post skurang2nye seminggu sekali ke bagi membajai dan menyuburkan hati ni.. Terima kasih Allah. Terima kasih khaulah.
Anonymous said…
khaulah please email me ummi1973@gmail.com. urgent
are_yin said…
Alhamdulillah.. Buah fkiran abuya dan cara didikan Abuya memng terbauk mendekatkan dri kepada Allab dan Rasul...
nasir said…
Setuju Anonymous..
Unknown said…
Assalamualaikum,

Ukhti Khaulah..moga dalam redha Allah.

Boleh tak emelkan dekat ana senarai album lagu nasyid yang dah diterbitkan dari Mawaddah,Generasi Harapan dan yang sama waktu dengan nya.

Harap dapat emelkan segera ke momajh@ymail.com

Jazakillah..;)
Anonymous said…
Setujuu sgt2...x jemu bce blog kak olah ni.....
arjunasetia said…
Assalamualaikum, sangat benar apa yang dituliskan, sikap prejudis pada remaja hanya akan membuatkan jurang/gap antara kita dan mereka dan ini amat merugikan.

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...