Skip to main content

Untuk Zainab


Nab,
6 tahun lepaskan,hari nilah Angah tengok susahnya Mama nak lahirkan Nab. Lama Mama tahan sakit. Panjang doa Jad Jaddah moga Mama dan Zainab dua-dua selamat. Alhamdulillah.. Lepas beberapa jam,lahirlah Zainab. Terima kasih Tuhan. Terus Baba bagi nama 'Zainab' sebab waktu tu Baba sedang ziarah makam Saidah Zainab. Jad pula tambah Attamimiah Almadaniah. Zainab Attamimiah Almadaniah binti Mahmud. 

Nab,
Ingat ke waktu umur Nab 3 tahun,waktu tu kita duduk Jordan dengan Mama dengan Alang,Atam,Mandak,Pak Teh,Mak ude,Pak Njang,Pak Ude,Cik Bokah,Acu kurus Acu gemok,kakak-kakak banat,abang-abang banin semua? Baba je takde. Selalu Zainab tanya,
" Baba mana? Zainab rindulah. Semua orang ada Baba. Zainab je takde. Tapi takpelah,Zainab ada Jad " 
Pandai Nab jawab sendiri. 

Sesekali Nab call Baba Nab cakap,
" Baba keif halak? Ana bintak ya Baba.. " 
Kuat Zainab jerit!
Nanti Baba jawab,
" Na'am.. Na'am.. Tob'an "

Bila Zainab tengah menyusu,Angah Alang selalu nyanyi lagu ' Madinah Madinah ' nanti mesti Nab sambung,ooo oooo.. Sukanya Nab dengan Madinah sebab Nab tau Baba orang Madinah. 

Waktu pergi Madinah,setiap hari Nab minta Pak Nur bawa Nab naik kereta dan lalu depan villa Baba yang terletak hampir dengan rumah Jad kat sana. Selagi Pak Nur tak lalu,selagi tulah Nab merayu. Angah tau Nab rindu..


Umur 5tahun Jaddah suruh Nab duduk Mekah dengan makcik-makcik. Mama kena balik Jordan. Nab mesti terkejut kenapa Jaddah pisahkan Nab dengan Mama kan? Tapi lepastu Angah tengok Nab faham sendiri kenapa perpisahan ini perlu. Walaupun pernah Nab tanya,
" Angah,sampai bila Zainab kena kuarantin? Sampai akhirat ke? "
Yelah.. Kita semua kena kuarantinkan nafsu sampai selamat diakhirat. Moga Zainab jadi anak pejuang.

Bukan Angah tak pernah nampak Nab nangis pelan-pelan dalam selimut sebab rindu Mama Baba. Angah taulah sangat. Angah pun sedih. Tapi Angah tau Nab faham. Angah selalu dengar Nab cakap kat Mimah,
" Mimah jangan nakal-nakal.. Kena dengar cakap Ummi. Nanti kena pisah dengan Ummi macam Zainab,nak ke? Kalau tak nak,kenalah muaddabah (beradab)! "
Siapa yang ajar Nab cakap macamtu? Tuhanlah yang ajarkan?


Nab tau tak kenapa Tuhan takdirkan Zainab terpaksa susah macamni sekali? Jauh dari Mama Baba. Sedangkan Nab kan kecik lagi. Sebab.. Bila hati kita susah,kita mudah dapat Allah. Cuba Nab tengok waktu Nab duduk dengan Mama,manjanya.. Mengada-ngadanya.. Tapi bila jauh dari Mama,terus je matang macam orang tua! Betul tak?

Harini harijadi Zainab. Tanpa Mama tanpa Baba. Kalau Mama ada mesti Mama belikan kek besar,hadiah besar. Lebih baiklah Mama takde. Biar Zainab sambut harijadi dengan Tuhan. Biar Nab rasa takde sesiapa tapi cukuplah Nab tau Tuhan ada bersama..


(Aku cemas kalau Zainab dijaga oleh orang yang tidak tahu bagaimana hendak menatangnya. Janganlah Zainab dimanja-manja. Cukuplah sekadar beri kasih sayang padanya,jangan sampai berlebih-lebihan pula. Rosak nanti dia.)

Moga Tuhan jaga Zainab selalu..
Tolong Tuhan lindungi Zainab setiap waktu..
Jadikan Zainab seperti yang Jad dan Jaddahnya mahu..

Selamat ulangtahun yang ke6 buat Zainab Attamimiah Almadaniah bt Mahmud. Moga panjang umurmu. Bertambah kuat hatimu dengan Tuhan yang tidak pernah sedetik pun jauh dariMu..

Angah
24 Julai 2013

Comments

Anonymous said…
Sayu
-KhadamWasilah-
Anonymous said…
Isk..isk..(TT_TT)
Anonymous said…
Skrg zainab duduk ngan sape?k.atiyah msh kat jordan ke?
Anonymous said…
Die dok ngan sape skang
Unknown said…
Terharunya...Beginilah jika buah2 hati PBT dimatangkan rohnya seawal kecil lg.Kesusahan sdh menjadi makanan harian mrk.Anak2 lain kecil2 dptlh ksh syng mak ayah, ni kan terpaksa berpisah dg mama baba dia semata mata dptkn rasa bertuhan.Mana sanggup mak ayah zaman skrng buat cmni ?! Bgt sekali dr kecil dilatih utk sentiasa akur dg segala ketentuan Tuhan..Kita ?! Huhuhuhu
Anonymous said…
bertuahnya nab menjadi insan pilihan di zaman ini.
Anonymous said…
rindunye dgn karenah zainab...
Nor Azimah Ali said…
Zainab memang nampak matang, cuma dia tak boleh jauh dengan kak yana yang menjaganya.. ada satu hari dlm perjalanan pulang dari taman sambil pimpin tangan saya, dia tengok sorang bibik tengah siram rumput, dia pelik..tanya kenapa orang siram rumput, saya beritau itu rumput yang ditanam memang kena siram, dia tanya lagi macamana orang tanam rumput? - cikgu azimah- tadika Nur Muhammad, putra jaya.
Anonymous said…
Fatim xde blog ke
Anonymous said…
Tersentuh hati bile bace tentang Zainab :') ..
Zainab , rohnye begitu matang :)
Anonymous said…
Bagusla tu
Anonymous said…
Ibu olah lmnye xupdate blog,kmi rinduu...
Anonymous said…
Mmg berat ujian ahlul bait , sejak dari kecil lagi dy diuji , agar kuat pergantungannye pd Tuhan , rohnye smakin matang , malunye nk dbandingkan dgn diri yg sngt jahat ini .
hajar said…
;') , roh Zainab sgt Matang ..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...