Skip to main content

Bangunlah wahai hati

Wahai hati...
Bangunlah..
Lihatlah apa yang berlaku..
Betapa nafsu telah mengambil alih kuasamu..
Dengan kejamnya dia mengguling takhta..
Masihkah engkau lena?

Wahai raja diri..
Bukalah matamu
Besar-besar dan lebar-lebar..
Akal dan fizikal sedang ditawan oleh si jahat nafsu..
Bangkitlah..
Kasihanilah rakyat jelata yang sedang ditindas..

Engkau..
Tidak takutkah kelak ditanya Tuhan?
Mengapa engkau tidak berperanan?
Kenapa kau pejamkan mata,pekakkan telinga,diam tanpa bicara..
Walhal nafsu sedang bermaharajalela..

Ketahuilah..
Nafsu sedaya upaya mencuba membawamu ke neraka..
Menjerumuskan semuanya ke lembah durjana..
Jangan pernah bersangka baik dengan tipu helahnya..
Segeralah bertindak,sebelum binasa dihujungnya..

Hai nafsu,dengar sini!
Tak selamanya kau ku biar disitu..
Aku sedang berusaha sekerasnya
Untuk pastikan kau tewas akhirnya..
Janganlah terlalu angkuh dengan kemenangan palsu yang kau cipta
Aku memohon pada Tuhan dan orang-orangnya
Agar aku diberi power untuk memenggalmu..
Egomu tidak akan kemana..
Moga kau tahu untuk tunduk dan patuh akhirnya..
Pada kuasa Tuhan maha segalanya..
Dan akur dengan aku..hati sebagai raja
Taatilah saja peranan yang Tuhan beri
Ingatlah akhirat menanti,kelak kita akan diadili..
Jika kau setuju untuk tunduk,moga ada jalan keselamatan..
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...