Skip to main content

Roda kehidupan

Tak semua hal yang berlaku itu 'kena' dengan harapan kita. Kadang ia berlaku jauh menyimpang dari apa yang kita jangka. Itulah takdir namanya. Dan sebagai hamba,kita wajib menerima semua yang telah ditetapkan Tuhan keatas kita.

Ada saat terasa dunia bagaikan sedang berputar terbalik bilamana impian kita tidak kesampaian. Dengan kelemahan hati kita sampai sempat mempersoalkan keadilan Tuhan. Dan disaat mendapatkan kembali kesedaran dan kekuatan,kita mohon keampunan dari Tuhan kerana telah bersangka buruk denganNya.

Indahnya kehidupan bila dipenuhi dengan warna suka dan duka. Jatuh dan bangun,pahit dan manis silih berganti. Bagaikan roda yang berputar,kita akan berada diatas dan dibawah. Tuhan maha adil. Tak selamanya dibiarkan kita berada disana,kerna sesekali dia kan membawa kita kesini.


Tuhan..aku disini. Kembali padaMu membawa kepingan hati yang hancur mengharapkan kekuatan dariMu agar hati ini bisa kembali menyatu dan bertambah padu. Mana mungkin aku mampu untuk melayari lautan penuh gelombang yang bila-bila masa saja aku akan hanyut dihempas badai kalau tanpa bimbingan dariMu. Engkau tahu itu bukan. Kerana itu,jangan pernah menjauh dariku. Aku berjanji..akan sanggup untuk menghadapi apa saja yang engkau datangkan,namun Tuhan..Tolonglah..Tetaplah berdiri disampingku. Agar aku tak akan pernah berlama-lama jatuh ke jurang dalam itu.



Sukarnya melihat nikmat didalam lipatan ujian. Padahal nikmat itu ada. Hanya kita yang buta kerana hati kita tidak pernah merasa cukup dengan apa yang Tuhan sajikan dihadapan kita. Hanya kerana kita merasa susah dengan ujian,kita sampai lupa betapa selama ini kita cukup dimanjakan Tuhan dengan limpahan nikmatNya.

Untuk itu Tuhan..biar untuk berapa kali pun aku diletakkan lagi dijalan ini,aku akan terus mencuba menapak kehadapan menggapai cahaya yang sedang engkau hulurkan. Aku tidak mahu lagi berpaling kepada kegelapan yang hanya akan mengheret aku jauh dari Tuhanku sumber kekuatan.



Diatas semua kesusahan ini,aku hakikatnya sedang sangat boleh tersenyum mengingat betapa engkau juga sedang senyum padaku. Engkau sedang melihatku yang sedang terkial-kial memenangi semua ini demi cinta seorang hamba pada Tuhannya..

Comments

ummu Idris said…
k.olah,saye sangat tersentuh dgn ape yg k.olah coretkan...nasib kite pun agk same,setiap kali Ramadhan akan ada ujian yg menimpa..agknta Tuhan nak kite sentiasa denganNya..betul jugak,ada ujian adalah air mata..takde ujian,mata kering hati pun kering...moga Tuhan bagi kekuatan pada kita untuk berhadapan dengan ujianNya...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...