Skip to main content

C.I.N.T.A dan Bahagia

Seorang teman suatu hari berkata pada saya, “ Untung kamu,Khaulah.. Hidup kamu sempurna je. Ape nak,semua dapat ”. Saya hanya tersenyum..

Tuhan tidak menjadikan manusia itu sempurna melainkan penuh dengan kekurangan. Jika Tuhan lebihkan yang ini,Tuhan juga akan kurangkan yang itu. Begitulah biasanya yang berlaku. Dengan kelebihan yang diberikan Tuhan minta kita bersyukur. Dengan kekurangan yang ada Tuhan minta untuk bersabar. Kelemahan juga adalah jalan terbaik untuk kita tetap merasa hamba. Janganlah sampai menjadi Fir’aun yang akhirnya merasa diri Tuhan kerana tidak melihat sama sekali kekurangan pada dirinya.

Saya percaya setiap orang punya kebahagiaannya tersendiri. Setiap orang juga pasti ada kesedihannya yang tersendiri. Jika tidak,masakan ada orang yang kita lihat hidupnya dilimpahi kekayaan,kemewahan,harta,pangkat dan lain-lain hal yang sangat diimpikan manusia,tetapi akhirnya mati bunuh diri? Itu banyak terjadi pada artis-artis yang punya gaya hidup seperti syurga dunia. Dengan itu saya kira setiap kita harus melihat kebahagiaan itu dari sudut yang Tuhan mahukan. Barulah kita benar-benar akan mendapatkan kebahagiaan hakiki.

Tuhan itu maha adil. Maha pengasih,penyayang,maha baiknya sekalipun terhadap kita yang jahat. Sesaat pun dia tidak pernah melupakan kita. Kasih sayangnya terlalu besar,lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anaknya. CintaNya lebih tinggi dari gunung,lebih luas dari daratan. Kita tidak akan mampu untuk menggambarkan betapa hebatnya cinta Tuhan itu. Apa lagi untuk membalasnya.

Cinta..satu perkataan yang cukup mudah disebut,namun tidak semua mampu memilikinya. Cinta adalah satu gelombang perasaan yang Tuhan anugerahkan kedalam setiap hati insan. Membuatkan kita ingin mencintai dan dicintai. Namun,apakah disaat ini kita semua telah mendapatkan sebenar cinta? Atau kita juga masih mencari-cari akannya? Mungkin juga kita telah mendapatkannya,tapi akhirnya kita kehilangannya? Bisa jadi ada antara kita yang tidak pernah sekalipun merasainya..

Saya sendiri hidup didalam cinta. Cinta dari Ibu ayah,suami,adik beradik,kawan-kawan dan semua orang yang mencintai saya. Kerna itu,dikala kesedihan,saya sering ingatkan diri bahawa diluar sana berapa ramai manusia yang hidup tanpa cinta. Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa. Dengan itu saya bisa terus melatih rasa syukur.

Ada cinta yang mampu untuk diungkapkan. Ada juga cinta yang hanya kekal dihati tapi tidak dapat dibuktikan. Orang cakap,cinta tak mesti memiliki kerna cinta perlukan pengorbanan. Cinta tak butuh kebersamaan kerna cinta akan tetap mekar dihati walau berjauhan. Berbagai-bagai versi ungkapan tentang cinta. Tapi tahukah anda apakah makna cinta? Geleng kepala.. :-)

Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Tuhan. Mencintai Tuhan,kita tidak akan pernah kecewa. Kita akan sentiasa merasakan bahawa Dia juga sangat mencintai kita. Kita tidak akan pernah putus cinta dgnNya. Sedangkan mencintai manusia sering berakhir dengan kekecewaan. Bahagianya tidak berpanjangan. Dengan mencintai Tuhan automatik kita akan menyayangi sesama manusia. Tp jika kita hanya pandai mencintai makhluk Tuhan,belum tentu kita mampu menggapai cinta Tuhan yang maha tinggi.

Wahai diri,janganlah bersedih jika tidak dicintai manusia,tapi bersedihlah jika belum mampu mencintai Tuhan. Janganlah menangis jika cintamu berjauhan,tapi tangisilah akan dirimu yang jauh dari cintakan Tuhan..

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...