Buat pertama kali ibuku direzkikan untuk menunaikan ibadah umrah ke Makkah pada tahun ini. Pulangnya dari umrah tidak membawa air zam-zam,kurma mahupun ole-ole yang biasa dibawa orang pulang dari Mekah,tapi ibuku pulang membawa bersama cerita dan semangat umrah yang aku kira jauh lebih berharga dari buah tangan biasa.. Saban tahun ummat islam dari serata dunia mendatangi Mekah untuk menunaikan ibadah kemuncak iaitu haji. Tak kurang juga yang pergi untuk mengerjakan umrah. Hingga ada yang mati disana. Ada yang mati kerana sakit,ada juga yang mati kerana dipijak ketika berasak-asak untuk mencium hajarul aswad. Begitu sekali manusia sanggup berkorban demi memenuhi panggilan Tuhan ke rumah suciNya Kaabah. Namun mengapa umrah atau haji hingga saat ini belum benar-benar menjadi kekuatan untuk ummat islam? Kenapa masih ramai yang sering berulang alik kesana,tapi belum mampu berubah menjadi peribadi yang agung? Bukankah tujuan kesana itu untuk akhirnya bisa membawa pulang semangat dan kekuatan...