Skip to main content

Posts

Kembara Paris - Samara part 5

Isnin - 30 September 2019 Laundry Pagi ini terasa lebih meriah bila bergabungnya dua rombongan xpdc. Rombongan kami yang melalui jalan darat, juga rombongan Tuan Nasir yang terbang dari Sarajevo, transit di Istanbul dan sampai ke Riga. Kami menginap di sebuah hotel bersebelahan tasik. Dari awal pagi lagi Cik Zura dah bising-bising pastikan makan minum dan segala persiapan. Memang itulah watak Cik Zura. Sangat mengambil berat dari sekecil perkara. Sangat susah hati kalau nanti ada yang lapar, susah nak masuk bilik air, segala perlengkapan mesti kena disiapkan. Lebih lagi bila ada para pimpinan juga dalam rombongan, lagilah Cik Zura akan susah hati. “Kerja ana ni kutip baju untuk bawa masuk laundry. Supaya baju yang kotor tu jadi bersih!” Suara Tuan Nasir bergema melalui walkie talkie sebaik saja kenderaan bergerak. Melalui xpdc ini setiap kami kena tukar pakaian lama (yang kotor) kepada pakaian yang baru. Maksudnya, nak kena buat perubahan diri dan hati. Begitulah Tuan Na
Recent posts

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d

Kembara Paris - Samara part 3

Sambungan Sabtu - 28 September 2019 Pelangi di Warsaw. “Standby semua..! Jap lagi kita akan masuk border Poland!” suara Adib kedengaran dari walkie talkie. Kami lantas menjenguk ke depan. Penasaran gimana bentuk bordernya. Macam Bukit Kayu Hitam ke? Wang Kelian mungkin? Rupanya border yang dimaksudkan tu macam gerbang tol je. Kenderaan lalu tanpa ada apa-apa sekatan. Adalah 1-2 kereta polis yang parking di situ. Itulah istimewanya Eropah. Kita boleh pergi dari satu negara ke negara yang lain tanpa susah payah nak cop pasport. Cuma pengalaman aku sebelum ni, ada juga waktunya polis akan berhentikan kenderaan kita di setiap border antara negara, itupun hanya untuk buat semakan pasport. Setelah beberapa kali tidur dan bangun, kami akhirnya sampai di Islamic Center, Poznan. Kami belum solat lagi. Dah niat jamak takhir Zuhur dan Asar. Ada seorang berbangsa arab menyambut kami dengan ramah dan tunjukkan apa-apa yang diperlukan. Kami bersegera siap untuk solat. Aku lihat Tuan Anuar o