Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Back to school part 2

Aku tulis lagi tentang salah satu kaedah Abuya didalam mendidik dan mengajar. Nak ulang lagi nih. Kisah Abuya mengajar tentang ilmu yang tinggi-tinggi tu dah semua faham. Dah semua tau tentang buku mengenal diri melalui rasa hati. Aku pun selalu jugak dah kongsikan disini. Tapi ini aku nak kisahkan bagaimana bentuk kami adik beradik belajar dengan Abuya dan mak-mak dirumah yang dah macam sekolah bahkan kadang-kadang lagi strict dari sekolah. Nak kongsi satu sisi lain dalam pendidikan oleh Abuya kepada kami. Moga-moga boleh jadi panduan untuk adik-adik dan anak-anak yang sedang dilatih menjadi pendidik ye. Banyak soalan tentang ni. Aku terpaksa jawab kat sini.  Orang selalu cakap yang kita ni macam tak belajar. Macam orang tak sekolah. Merata-rata. Muda-muda dah tunggu kat pasaraya kat kafe. Aku rasalah kan,kadang-kadang cara kita tu yang sebenarnya membuatkan orang merasa kita macam tak sekolah. Padahal Abuya Ummu adalah orang yang sangat menyekolahkan kita terutama kami anak-anak

Back to school

Baiklah. Harini terasa nak menulis sesuatu menggunakan akal fikiran dan perasaan seperti seorang pelajar sepanjang masa dan seumur hidup. Ya sesekali akan berfikir dan berperasaan  seperti seorang tukang masak sepenuh masa bila kena masak buffet tiap-tiap minggu dan menerima tempahan kenduri kawin secara mengejut. Kadangkala seperti seorang mak bila nak tinggal anak-anak menangis sorang-sorang dalam kapal terbang sambil doa Oh Tuhan tolong jaga anak-anak aku! Berlaku juga bak kata Abbad bagaikan perilaku seorang nenek. Entah waktu bila! Tapi kalini marilah berbicara seperti seorang pelajar. Okay. Yang lebih khususnya ialah seperti seorang pelajar sekolah. Atau pelajar universiti. Aku bercakap tentang menjadi seorang pelajar dengan skop yang kecil saja. Yang sempat dan bakal disentuh. Tanpa menafikan kewujudan skop yang lebih besar yang boleh kita diskusikan dimasa akan datang apabila Tuhan mengizinkan. Sebab kalau Tuhan tak izinkan,berjam-jam mengadap blog pun tetaplah tidak dapat