Skip to main content

Resepi yang suka/pandai buat

Kalau tengok muka saya(even tgk muka sendiri kat cermin) tiada siapa yang menyangka salah satu kecintaan saya ialah masak. Kecintaan makan mungkinla.. Tapi bukan ke mengikut logiknya,orang yang suka makan ni biasanya suka masak? Sebab dia ada taste tersendiri yang kadang-kadang memerlukan dia untuk masak sendiri.. Tak pasti betul atau tidak,tapi saya begitulah..Saja la nak share/simpan buat kenangan resepi masakan yang saya expert masak. Tak..bukan resepi sendiri. Resepi yang semua orang tau,dan saya sendiri suka dan agak pakar didalam membuatnya. Kalau siapa tersinggah sini,nasibla nak tengok resepi ni. Kalau tak ada yang singgah,(memang tak adalah) saya saja tulis buat kenangan. Memang tulis blog ni pun untuk kepuasan sendiri sahaja :-)

Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan)

Bahan-bahan:-
A
Bawang besar
Buah pelaga
Daun salam/Bay leave
Garam
Minyak sapi/Ghee
Ayam/Kambing/Lembu

B
Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas)
Kunyit serbuk

Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama dengan bahan A hingga daging masak. Garam tidak perlu banyak. Keluarkan daging dan masukkan air rebusan kedalam beras yang telah digaul dengan serbuk kunyit untuk menghasilkan warna kuning yang tidak melampau untuk masak nasi. Sisakan sedikit air rebusan tadi untuk susu/kuah.

Yoghurt diblend supaya tidak berketul-ketul. Masukkan kedalam periuk bersama air rebusan. Sedikit serbuk kunyit sebagai penaik warna. Kemudian masukkan daging tadi kedalam susu/kuah itu,kecilkan api dan siap untuk dihidang.

Cara menghidang ala arab
Didalam dulang besar,letakkan roti arab yang telah dicarik kepada kepingan kecil. Tuangkan sedikit susu keatasnya dan senduk nasi kedalamnya. Susunlah ayam diatas nasi.

Nasi dimakan bersama susu/kuah mengikut selera. Boleh ditabur kacang,juga daun parsley cincang.


Sup dal/Lentil soup/Syorbah 'adas

Bahan-bahan

Kacang dal
Pati ayam
Bawang besar

Rebus kacang dal sehingga lembut,masukkan bawang yang didadu,sedikit pati ayam/knorr,perasakan dengan garam. Senang gilee..

Dua ni dululah ye. Menyusul kemudian. (alasan untuk jari penat menaip)

Comments

Popular posts from this blog

Eid milad saied..

Selamat Ulangtahun..
Happy birthday, Eid milad saied, Kullu ‘am wa antum bi alfi khair..

Tidak pernah aku berkesempatan memberikan yang terbaik untuk dirimu. Lebih-lebih lagi dihari ulangtahunmu ini. Aku hanya ada kado berupa doa-doa(seperti biasanya) yang aku harap akan turut memberi erti dalam hidupmu. Aku tidak pasti sebesar apakah nilainya. Hanya aku tau,jika Tuhan yang memberi pasti nilainya jauh lebih berharga dari apa yang mampu aku berikan..

Aku tidak memiliki satu kelebihan apapun yang bisa dianggap istimewa dimatamu. Aku hanya seorang insan yang sering berusaha sekuat mungkin untuk membahagiakanmu. Tapi aku hanya manusia biasa.. Tidak terlepas dari kelemahan yang sering mengukir kesal dihatimu.

Doaku dihari yang indah ini agar Tuhan sentiasa bersamamu memberikan yang terbaik disetiap kau mengorak langkahmu. Dimana jua dikau berada,biar Tuhan tetap menjaga..

“.. Tuhan.. Aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangMu,rahmatilah dia.. Insan yang sering membawa aku dekat denganMu. Sering…

1 Mei.. Warkah buat Bonda

Ummu.. Harini 1 Mei. Hari lahir Ummu. Khaulah minta izin nak tuliskan surat untuk Ummu di hari lahir Ummu yang sangat berkat ini.. Ummu mungkin tak ada di sini tapi Khaulah tau, Ummu boleh ‘membacanya’.. 
Ummu.. Khaulah ingat lagi macamana perasaan bila dapat berita dari Fatim di Australia yang bagitau Ummu masuk hospital. Setiap saat Khaulah berdoa dan berharap agar Allah lakukan keajaiban. Hari-hari yang berjalan tu rasa macam bertahun lamanya. Tak terbayang hidup tanpa Ummu. Tak sanggup nak bayangkan pun.. Tapi Allah lebih menyayangi Ummu. Allah ambil juga akhirnya Ummu dari kami semua. Perkara yang paling menakutkan. Tapi Allah buat juga untuk hamba merasakan bahawa kuasaNya mengatasi segalanya. Dan hamba perlu akur dengan setiap keputusanNya. Selalu Ummu sebutkan, kita kena setuju dengan Allah..
Bukan tak pernah Khaulah berharap Ummu akan muncul depan mata. Datang semula dan semuanya kembali seperti biasa. Tapi itu tak berlaku. Kerana rupanya Allah yang maha baik ada perancangan yang…

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim..
Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga.
Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran..
1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelajar yang ditaja oleh…